Pages

Sunday, June 9, 2013

Memang Seronok Mangrove Tours dengan Boat di Langkawi @Kilim Geo Park

Kali ini saya nak bercerita mengenai pi mangrove tours dengan boat masa kat Langkawi baru-baru ini. Actually, mangrove tu pokok bakau. Ni le bot-bot yang digunakan untuk membawa penumpang melihat kecantikan kat sini. Anyway ni kat Kilim Geo Park.
Kalau tak silap kat sini ada lebih kurang 100 boat. Kiranya tempat tumpuan pelancong.
Ini adalah kadar yang dicadangkan oleh Kementerian Pelancongan bagi satu boat. Kiranya satu bot tu kita punya le so tak share ngan orang lain.
Kami tempah dengan kenalan, mula-mula untuk dua jam tapi entah macam  mana dapat satu jam aja untuk RM200. Kiranya ok le sebab published rate adalah RM250.
Memang kejap je dalam  masa 1 jam rasa tak puas pula.
Afiqah dan Danish memang enjoy sakan naik boat ni.
Cantik betul pemandangan kat sini.
Kalau dapat naik kapal layar lagi seronok kan.
Tempat pertama yang kami lawat ialah burung helang. Pemandu tu bagi makan kulit ayam dan beberapa minit lepas tu banyak gak burung helang yang datang.
Memang jadi malas le burung helang kat sini ya.
 
Cantik betul pemandangan kat sini.  

Selepas beberapa minit Danish dok kat depan bot tu, baru nampak jelas kan.
Seronok juga kami berempat dalam boat ni.
Then seterusnya ke Laut Andaman. Memang luas betul laut ni.
Dari jauh nampak le Thailand.
Sempat rakam benda alah ni.
Ni le antara tempat yang menarik iaitu, tempat pemeliharaan ikan.
Kenal tak benda alah apa ni? Belangkas. Nak makan? oooooo tidak.
Saya sempat bermesra dengan ikan pari, boleh pegang dan main-main. Memang lembut juga ikan pari ni. Tak gigit punya sebab tak ada gigi.
Ni ikan sumpit yang mana ianya akan menyumpit serangga dengan air dan apabila jatuh dalam air, mereka akan makan.
Last tempat yang dituju adalah Gua Kelawar. Memang sungguh unik.
Nak sewa lampu, just RM1 aja.
Ramai pelancong yang datang, tak kira luar dan dalam negara.
 Actually tak boleh guna flash apabila ambil gambar tapi saya hantam aja. Nampak tak kelawar?
 Gua ni sempit juga.
 Ada tempat yang dipenuhi oleh air, tapi tak le dalam.




Kena tunduk le apabila merentasi gua ni.
Sedikit penerangan mengenai kelawar. Secara keseluruhan memang seronok mangrove tours ni. Tapi satu aja pesanan saya, kalau nak bermangrove, make sure naik kat Tanjung Rhu bukannya kat Kilim Geo Park sebab kat Tanjung Rhu ianya lebih murah i.e. RM170 untuk dua jam berbanding yang saya bayar RM200 untuk satu jam.

Maybe next time bila melawat Langkawi kami akan pi lagi Mangrove Tours tapi of course kat Tanjung Rhu.

Bagi yang nak bercuti, apa kata cuba-cuba le check di Agoda untuk mendapat sedikit idea mengenai tempat penginapan yang menarik dan berpatutan.  

7 comments:

Suria Amanda said...

Mak oii...mahalnya..tp berbaloi la kan...

shahrilhakime said...

Lagi satu sebab tempat ni diiktiraf Unesco sebagei tapak warisan dunie.... Untongle mike udah sampei....

✿INA AINAA✿ said...

lama dah tak jejak kaki kat langkawi.. rindu nak mandy kat pantai beras basah... huuuuuu

Zaza Abdul Latif said...

2 bulan lepas ke langkawi tapi tak sempat ke sini.. huhu
next time might be.. InshaAllah :)

Unknown said...

saya wt mangrove tour kt tg rhu hanya 170 rm.. bleh kol saya 0134569984.. skrang sy wt pakej utk 5 0wg 3 hari 2 mlm.. pakej ternasuk homestay 3 blik full aircond, keta wira, mangrove tour 2 jam, n cable car

Unknown said...

2 jam RM170 tu pegi tempat mana???

Unknown said...

Tumpang iklan..pakej mangrove 2014. Harga lebih murah dari di papan info..boleh layari http://warisanlangkapuri.blogspot.com atau whatsapp 0194715390 rizal. Terima kasih