Nak citer sikit mengenai aktiviti yang kami lakukan semasa di Langkawi. Jom kita pi Duck Tours.
Ianya boleh didapati di Oriental Village, dekat dengan cable car. By the way, untuk satu famili, kosnya adalah RM120.
Sebelum ni harganya RM100, entah macam mana package untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak dah tiada.
Ni le serba sedikit mengenai duck tours.
Memang seronok betul Afiqah dan Danish berada di dalam bot / kenderaan ni.
Yang seronok adalah apabila ianya berada di laut. Kalau kat darat tu biasa le macam kita naik van besar yang terbuka.
Seronok gak dapat tengok rumah api ni.
Pemandangan dalam laut memang cukup cantik.
Dari dekat memang satu pengalaman yang mengujakan dapat tengok rumah api ni.
Boleh juga tengok jeti dengan kapal / bot nelayan.
Ni le keadaan dalam bot tu. Besarnya kapal yang putih tu.
Agak-agak siapa le yang punya kapal-kapal yang besar tu.
Teringin juga nak naik kapal besar ni.
OKlah setelah hampir 45 minit settle semuanya. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan dapat naik duck tours.
4 comments:
Saya orang Langkawi pun belum cuba lagi Duck Tour ni huhu..
Kapal - kapal besar tu adalah kapal - kapal persendirian dari serata dunia. Park kat sini samada singgah seminggu dua ataupun sebulan dua sebelum pegi ke destinasi yang lain..
naik ni pusing2 langkawi jer ker? memang x der aktiviti lain yer? kenderaan 2 in 1 lah gitu yer..
elissmie: begitulah ceritanya, dok dalam tu then nikmati keindahan alam
Bestnye...bru dpt thu ada duck tour ni kt melaka....upenye lgkawi pown ada...nk p lgkwi nnti bestla...
Post a Comment