Pages

Monday, June 3, 2013

Dasyat Betul Bank Islam dengan Perbankan Mudah Alih-i (TAP)

Dasyat betul Bank Islam sekarang. Apa yang dasyat? Ianya teknik menyuruh orang masuk or melanggan perkhidmatan perbankan mudah alih-i (TAP) atau bahasa penuhnya ialah Transaction at Palm. Ianya perkhidmatan Bank Islam yang mana anda boleh buat beberapa transaksi tanpa menggunakan internet
Memang bagus anda boleh check balance, transfer ke akaun lain, tambah nilai pra-bayar dan macam-macam lagi. TAPI yang tak bagusnya macam mana diaorang main bagi aja benda alah ni tanpa persetujuan customer.

Kisahnya begini, my wife ada pi Bank Islam untuk tukar kad ATM disebabkan kad yang lama ada masalah tak boleh dibaca kat ATM. Then alih-alih diaorang bagi sim card kat atas tu.
Check punya check dalam website Bank Islam, charge pendaftaran dan fi-tahunan adalah sebanyak RM8. So saya call le customer service dan complain. Dia cakap maybe staff tu tak bagi penerangan yang betul, so kalau nak cancel kena pergi semula ke cawangan tersebut untuk terminate.

Buang masa orang aja, kalau macam tu. Actually perkhidmatan TAP tu tak diaktifkan lagi, so saya cakap kalau tak cancel apa jadi, dia cakap even tak activate, caj RM8 akan dikenakan setiap tahun.

Hmmmm, apa benda le perkhidmatan macam ni. Tak pasal-pasal kena pi Bank Islam lagi untuk cancel. 

Anyway kepada yang nak tahu mengenai TAP ni boleh baca di blog sekencang angin.

16 comments:

Cik Lily Putih said...

teruknya cara diorg bekerja ek...

Insan Biasa said...

bank-bank ni selalu buat duit cara ni ke? jenis ambil duit senyap-senyap.. nak kata mencuri kasar sangat sebab memang dah ada dalam term and condition.. last-last salah customer jugak sebab tak baca elok-elok.. alahai...

madkie said...

teruk berbenor gitu.ish2

✿INA AINAA✿ said...

sy pengguna bank islam... terima kasihlah atas peringatan langkah berjaga2 ni.. takut juga jadi macam ni

icee-yah said...

baru minggu lepas kad bank islam tak boleh guna jugak.tapi tak sempat pergi lagi nak tukar..ntah ntah kalau pergi kena jugak macam ni.

amirah said...

patutnya staff bank kena explain betul2 barulah customer jelas dgn term nya...ermm

MaisaraEleeda said...

aaaa saya dah kena . sy student T_T dkat bank slah satu u nih . ish masa tu nak reset pw je . and mmg tgh rushing nk p kelas . dia tawarkan benda ni . sy cakap lah dh nk p kelas . dia kata kejap jer . then i just stuju sbb dia tk bgtau pun kena caj . alih alih Ya Allah hilang 8 :'( baru 2 3 hari lepas hmmm.

Mohd Syukri said...

sy pakai TAP takde masalah pun..rm8 je setahun..dah nama pun kemudahan teknologi mestila ade charge..kalo sume nk free mmmg susahla.

Sharinginfoz said...

Mohd syukri: bukan nak free tapi kalau kita tak guna buat apa nak byr

Unknown said...

Macam mana nak buang bila dah pasang?

Unknown said...

Lepas kita cabut cip tu kita kena pergi bank islam semula ke klu nk terminate.. takut pulak stp tahun dia cas eventhough kita dh xguna cip tu.. tolong jwb sapa tahu..

Unknown said...

sy xpernh guna xtau plak kna charge....no yg guna tap dh bertahun xguna(dh terminate no tel)....lpas buka online banking baru sy tau kna charge rm8 lbh n setiap sms yg hntr kat kita charge 21 sen.....huh....agak lma berlaku pembaziran.....nmpaknya kna p bank islam u terminate

Unknown said...

klu simcard yg ada cip tuh da xble guna.. mcm mna tuh?? as a student sa perlukan cip tuh untuk dpt smua infrmation klu2 da PT for evry sem msuk.. :(

Sharinginfoz said...

novynin: tak sure le boleh call bank Islam or telco operator

Unknown said...

Btol..senang nak transfer topup semua

Nur Alya Diyanah said...

salam. macam mana nak aktifkan tap ni eh?