Pages

Sunday, June 30, 2013

Macam Mana Nak Hide Muka Dalam Gambar Online

Nak share macam mana nak hide muka dalam photo melalui online. Actually nak hide ni boleh dibuat dalam banyak jenis perisian tapi kalau tak ada boleh terus buat melalui internet @http://www.photohide.com/index.php.
Ni contoh gambar yang menampakkan muka. 
Anyway lepas masuk website http://www.photohide.com, upload gambar yang kita nak hide.
Lepas tu tarik mouse tu dengan tekan sebelah kiri dan buat segi empat.
Lepas tu tekan butang "hide". Then jadilah seperti di atas. Tengok tu muka dah kabur so tak nampaklah tuan punya muka ya. Lepas tu click "download"/
So pilihlah jenis apa kita nak buka gambar tersebut.
Kalau melalui Microsoft Office Picture Manager, keluar le macam ni.
Then save le. So ni lah hasilnya untuk mengaburkan or blur gambar.

Saturday, June 29, 2013

Sekitar Final Piala FA @Kelantan vs Johor DT - 29 Jun 2013

Ramai yang tahu yang mana malam ini, 8.45 malam, 29 Jun 2013 akan berlangsung perlawanan final Piala FA di antara Kelantan vs Johor Darul Takzim. Memang satu perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak di Malaysia.
Saya difahamkan peminat-peminat Kelantan dan Johor telah mula memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil dan suasana sangat meriah hari ini.
Memang banyak bas yang disediakan oleh Kelantan dan juga Johor bagi membawa peminat mereka ke stadium keramat ni.
Kat jalan raya dan juga highway, kereta dan kenderaan lain telah memenuhi yang menyebabkan kesesakan lalulintas. Bagi mereka yang melalui jalan raya menuju ke Bukit Jalil, diharap bersabar ya.
Diharap perlawanan malam ini berlangsung dengan baik tanpa sebarang masalah. Agak-agak pasukan mana yang akan menang perlawanan akhir Piala FA malam ini, adakah Kelantan or Johor DT. Kita nantikan ya. 

Update: KELANTAN MENANG 1-0 LAWAN JOHOR DT

Teringin Nak Mencandat Sotong

Baru-baru ini my biras pi mencandat sotong di Pantai Pandak, Cendering, Terengganu. Kalau tak silap mereka sewa boat besar yang boleh memuatkan 15 orang dengan bayaran RM1,400. Kiranya bermalam di atas boat besar tu le. Of course, aktiviti yang seronok mereka lakukan ialan mencandat sotong.

Kan sekarang ni musim sotong. Tengoklah rupa sotong tu, memang sungguh segar dan warnanya pun sungguh apa ya tak tahu nak cari perkataan yang sesuai untuk pigmen ni. Kalau macam ni, ratah hidup-hidup pun sodap kot. Badan sotong tu sungguh bercahaya seperti pelangi.
Besar betul sotong yang dicandak. Ni bakar pun sodap.
Di samping itu, dapat juga pancing ikan. Memang seronok betul dapat bermalam di atas kapal sambil mencandat sotong dan memancing ikan. Tambah lagi dengan ketenangan alam.

Friday, June 28, 2013

Sedap Juga Nougat from Australia Ni

Hari tu member kat office pi Australia so bawa balik le kat office nougat ni. Nak tahu apa itu nougat? Tengok kat wiki ya. Ianya sejenis kuih / manisan tradisional yang diperbuat daripada gula or madu, kacang panggang (walnut, badam, pistacio, hazelnut or macadamia).
Ini le rupa benda alah nougat ni. 
Saya suka yang jenis yang soft, kalau yang keras tu sakit pula gigi.
Apa yang penting nougat Australia ni memang halal. Apa lagi makan jangan tak makan.

Wednesday, June 26, 2013

Jom Buat Scaling @Klinik Pergigian Sharifah Aminah di Greenwood

Baru-baru ini pergi ke Klinik Pergigian Sharifah Aminah di Greenwood, Batu Caves (03-6184 1153). Ok juga klinik gigi ni, selalu pi sini. Kali ni tujuannya adalah untuk buat scaling. Scaling ni secara mudahnya ialah untuk membersihkan gigi kita le. Ianya dapat membuang apa-apa yang patut di gigi kita.
Bagi dewasa, kos untuk scaling dan juga polish gigi adalah di antara RM75-RM150. Bagi saya ianya ditanggung oleh majikan tempat saya kerja. Hmmm, proses scaling ni bergantung kepada keadaan gigi kita. Anyway masa yang diambil untuk buat benda alah ni untuk saya adalah lebih kurang 15 minit.

Tanya gak dentist tu, berapa kerap kena pi jumpa diaorang. So beliau sarankan agar check gigi kita setiap 6 bulan tapi kalau tak sempat, setahun sekali kenalah pergi. He he, agak-agak bila le last time kita jumpa doktor gigi ya.

Ngilu juga dibuatnya dan in between kena kumur. By the way, masa buat benda alah ni, satu tiub dimasukkan dalam mulut bagi menyedut air or apa-apa bahan dalam mulut kita bila buat scaling ni.
Ni pula kos untuk benda-benda lain, i.e. cabut gigi yang mana di antara RM50-RM100 sebatang. Boleh tahan juga harganya.

OKlah kawan-kawan, maybe ada yang nak share pandangan or pengalaman jumpa doktor gigi, tak kira le untuk tujuan apa ya.

Monday, June 24, 2013

Indeks Pencemaran Udara (IPU) @Jerebu Terkini di Malaysia

Sekarang ni di Malaysia, kecoh dengan jerebu. Anyway saya nak share mengenai indeks pencemaran udara (IPU). Nak tahu bacaan terkini, boleh check di laman sesawang Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar or DOE.

Sebagai contoh di Port Dickson, Negeri Sembilan, bacaannya adalah 193 pada hari ini, 27 Jun 2013 pada pukul 5 petang. Ianya lebih baik jika dibandingkan pada bacaan 335 pukul 7 pagi tadi.
Di Cheras, Kuala Lumpur pula, ianya pada bacaan 168 (5 petang) manakala Pelabuhan Klang, Selangor adalah 319.

Secara kasarnya bacaan melebihi 300 adalah merbahaya dan sekolah kena tutup jika ianya melebihi tahap ini. Manakala jika bacaan 250-300, sekolah boleh dipertimbangkan untuk ditutup. So awasi le anak-anak sewaktu jerebu ni. Jangan lupa pakai penutup muka @mask ya.

Tambah Gas Aircond Kereta

Semalam, penghawa dingin kereta rasa lain macam aja, so pergi le ke tempat servis aircond di Jalan Genting Klang.
Ni le alamat kedai tu. Ada le beberapa kereta yang tengah di servis.
Diaorang check kat bawah dashboard tu.
Memang kotor juga filter aircond ni. 
Then diaorang check gas aircond. 
So diaorang cakap yang gas aircond tu tak berapa banyak lagi tinggal. So saya tanya kalau biasanya berapa bacaan meter tu, dia cakap lebih kurang 30-40 so kenalah tambah.
Ni le gas yang digunakan, of course bukan satu balang tu. Anyway kos untuk tambah gas aircond adalah RM40.
Pas tu since gas or minyak compressor tu dah nak habis, bubuh le benda alah ni, kosnya RM45, semua sekali RM85. Selepas tambah benda alah berdua ni, boleh dapat rasa perbezaannya. Memang aircond sejuk tak macam sebelum ni. Anyway maybe akan datang kena pi servis kat Denso pula, buat full servis baru OK sikit kan, diaorang akan check semua sekali dan buka apa-apa yang patut.

Anyway boleh baca pengalaman myvitrd mengenai servis aircond.

Sunday, June 23, 2013

Untung Besar Berniaga Mask @Jerebu

Tadi masa pi kedai runcit kat rumah, diaorang cakap banyak betul mask dijual since sekarang ni tengah jerebu. Satu kotak tu ada 50 keping dan setiap satu dijual pada harga RM1. So maknanya dapatlah RM50. So saya tanya berapa harga satu kotak adakah RM20 or RM30?

Dia cakap kurang daripada tu. So maknanya satu kotak tu untung lebih 100%. Memang bisnes jual mask ni tengah hot sekarang ni. Satu lagi ni le the last kotak, sure ramai betul yang beli.
Tadi masa balik ke Kuala Lumpur from Puchong, kami menggunakan lebuhraya Kesas, beginilah keadaan persekitaran. Memang jerebu semakin teruk. 
Harap ianya lebih baik dalam hari-hari yang mendatang.
So kurangkan aktiviti luar terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti asthma. Anyway, kat Kuala Lumpur tak begitu teruk jika dibandingkan dengan Muar yang mana bacaan melebihi 700. KL lebih kurang 100.

Saturday, June 22, 2013

Nasi Ayam Istimewa @Sambutan Hari Lahir Anak Eyriqazz

Baru aja balik from sambutan hari jadi anak eyriqazz, Alisya dan Azim. Jumpa beberapa orang blogger kat sana, sumijelly, matjoe dan myvitrd
Ada menu istimewa, nasi ayam. Memang sedap dan ini disahkan oleh my daughter, Afiqah. Habis dua pinggan saya makan. 
Ni le kek hari jadi Alisya dan juga Azim.
Sedapnya Afiqah makan kek.

Wednesday, June 19, 2013

Terharu Baca Kad Daripada Anak-Anak

Baru-baru ini sharinginfoz dapat kad daripada anak-anak tersayang, Danish dan Afiqah. Memang kreatif betul anak-anak buat kad sendiri dan melahirkan apa yang tersirat dalam hati mereka. Jom kita tengok kata-kata yang diungkapkan oleh anak-anak.
  • 1 love you forever and ever
  • You are my best dad ever
  • You are special in my heart
  • Daddy orang yang baik dan bijak
  • Kami sayang daddy
  • Daddy orang yang terbaik
  • I love you forever daddy
  • Daddy the best dad
  • Love you
  • Terima kasih kerana menolong saya dalam masalah tertentu
  • Terima kasih kerana menyara kami sekeluarga
  • Terima kasih kerana melindungi kami sekeluarga


 
Anyway then bawa anak-anak ke Baskin Robbins untuk menikmati banana split. Suka betul anak-anak makan benda alah ni.
Setiap banana split dapat pilih 3 jenis aiskrim, tiga jenis topping yang basah dan dua jenis topping yang kering.
 
Makan benda alah ni sekali-sekala ok juga, kalau selalu tak boleh sebab manis kan?

Tuesday, June 18, 2013

Test Taekwondo Pecah Kayu

Hari minggu lepas kami pi ke Sekolah Kebangsaan Pandan Indah since ada test taekwondo untuk kenaikan tali pinggang. 
Mujurlah kat sini tak ramai sangat orang, so cepatlah. Anyway Afiqah naik from yellow-green kepada green.
Danish pula dari belt hijau kepada belt hijau-biru. 
First time tengok kenaikan belt bagi merah-hitam kepada hitam, kalau tak silap. Yang ni memang kena pecahkan / patahkan kayu.
Dua kali kena buat, satu menggunakan kaki manakala satu lagi dengan tanggan.
Yang sorang ni buat dua or tiga kali sebelum dapat patahkan kayu ni.
Yang ni pula untuk kenaikan belt merah kepada merah-hitam. Yang ni susah sikit nampak gayanya.
Bukan senang, kena ikut cara yang betul dengan sekuat hati.
Tengok tu kaki tak kena kat tengah-tengah kayu so ambil lebih daripada lima kali untuk berjaya.
Ni le kayu yang saya maksudkan. Bila habis ujian, kami jumpa mamat yang ambil belt untuk merah-hitam tu. 
Tebal juga kayu tu. So diaorang dapatlah kayu ni sebagai kenangan. Hmmmm, apabila tengok kayu ni, Danish dan Afiqah cakap tak nak ambil tali pinggang merah-hitam sebab kena ujian patahkan kayu.

Rasa nak cuba aja patahkan kayu ni, nampak tak ada le susah sangat. Ada sapa-sapa ada pengalaman patahkan kayu ni semasa ujian taekwondo tak?