Pages

Sunday, September 1, 2013

Memang Tak Sah Kalau Tak Makan di Aroma Ikan Bakar @Kuala Selangor

Sejak pertama kali makan kat Aroma Ikan Bakar di Kuala Selangor, kitaorang datang lagi ke sini untuk kali ke-3, memang suka lepak-lepak kat sini.

Anyway semalam kitaorang terjah untuk menikmati makanan kat sini. 
Ketam masak cili memang sedap, of course lebih sedap daripada masak kari. Plan nak pi makan sebelum puasa tapi tak sempat le pula, so sekarang ni dah nak habis raya puasa.
Ikan kerapu masak sweet sour memang sedap dengan ikannya yang garing dan rasanya yang mengancam.
Butter prawn bagi saya biasa-biasa aja kat sini tapi not bad.
Ni of course sup ayam kegemaran anak kami, Afiqah.
Kailan ikan masin boleh tahan juga walaupun ianya tak sesedap di Ogy D'Greenwood. Yang ni kailannya boleh dikatakan dah tua kot dan ianya keras sedikit.
Semua sekali untuk menu di atas dengan air adalah RM66.10. Udang, ketam dan ikan kerapu bersaiz kecil kecuali udang. Memang tak ambil banyak pun udang, 4 ekor aja, maklumlah untuk makan berdua aja. Afiqah makan nasi ngan sup ayam aja manakala anak lelaki makan benda lain.

Tak sabar rasanya nak cuba makan seafood di Ana Ikan Bakar di Tanjung Lumpur, Kuantan pula nanti.

7 comments:

luqman zakaria said...

eveything nampak sedap kecuali kailan tuh sebb sy x suke sayuran! huhu :)

eelobor said...

masakan kat situ memang sedap sangat dan harga yang berbaloi cuma nak ke sana jer agak jauh sangat. kalau nak cun, pegi awal sket... lebih kurang dalam 5.00-5.30pm dah sampai sana. time tu orang belum ramai, dan cepat siap

Sharinginfoz said...

luqman: memang sedap masakan kat sini

eelobor: tepat sekali, saya pun kalau pergi if possible sebelum kul 6 then sampai sana lebih kurang 7, tak ramai lagi

mama tisya said...

lprrr tgk smua lauk2 itu...

hazman fadzil said...

Chili Crab yang sangat menggoda laaa.... sedap kalu ratah tu

Hazmin Hamudin said...

Makan seafood ni memang nampak sedap je. Terus lapar ni. Ana ikan bakar saya makan di bangi je. Ok la jugak.

Mak lagenda said...

Tak pernah pergi kat kuala selangor nih lg. Slalu2 mak makan seafood kat bagan lalang tu je

NNt leh try mkn kat sini plak