Semalam kami telah meraikan salah seorang daripada member yang akan ke luar negara dan kiranya bercuti sementara waktu, so kami makan malam di Melur & Thyme yang bertempat di ground floor KLCC. Ianya berhadapan dengan Harrods Cafe.
By the way, ni le sedikit pemandangan di dalam Melur & Thyme. Kami difahamkan bahawa tempat makan ni tengah dalam proses untuk mendapatkan sijil halal JAKIM. Kiranya restoran ni adalah gabungan masakan timur dan barat, sama le dengan namanya yang menggabungkan bunga melur dan herba.
Apasal le setiap kali makan kat restoran kena ambil gambar tisu? Entahlah hantam ajalah. By the way, kami makan 8 orang dan kos keseluruhan adalah RM400++, tak ingat the exact amount. Untuk menu jom terjah.
Jom kita tengok sesetengah menu di sini. By the way, kami order makanan yang jenis tapas kiranya portionnya tak ada banyak sangat dan ianya didatangkan dengan roti atau nasi, pilihlah yang mana kita suka ya.
Tapas ni adalah bahasa Sepanyol yang bermaksud pembuka selera ataupun snek.
Mini pizza ada, chicken wings pun ada, hmmmmm kiranya yang ringan-ringan le ni.
Ini adalah tapas untuk masakan timur. Bagi penggemar itik memang ini adalah tempatnya, saya difahamkan pemilik restoran ni ada buka restoran berkaitan dengan masakan itik yang popular di Damansara kot, entahlah lupa tempat mana pula.
Ini pula tapas yang jenis barat.
Menu utama ada macam-macam kan sini.
Lastly, minuman. Opppsss, tak ambil pula pencuci mulut. Lain kali ajalah ya.
Inilah roti yang saya maksudkan tadi bagi hidangan tapas. Nasi tak payah le ya tunjuk tapi of course portionnya boleh tahan juga.
Ni kepak ayam diorder khas oleh Uncle R. Memang dia penggemar chicken wings @RM15. Memang boleh tahan juga rasanya dan ianya berlainan dengan kepak ayam yang selalu kita makan, disaluti dengan madu. dimasak secara deep fry dan tak terlalu garing dan ianya lembut. Nak bagi rating untuk makanan bukannya senang ya, hmmm let me think first. Oklah kepak ni saya bagi 7.6 out of 10. Tapi yang nyata lebih sedap jika dibandingkan dengan kepak ayam di restoran makanan segera.
Yang ni pula adalah Queso de Mahon @RM19. Ianya adalah sejenis keju kambing yang mana digoreng dan diselaputi dengan breadcrumb. Yang ni saya tak boleh bagi komen sebab tak ingat pula saya rasa benda alah ni. Tapi yang nyata Untie I order buat kali kedua benda alah ni. Ianya nampak biasa aja, macam fish finger yang diselaputi oleh madu.
Ini saya tak tahu apa benda, memang saya makan benda alah ni. Abaikan le makanan ni.
Ni favourite saya malam tadi. lamb rosemary meatballs @RM23 (saiz besar). Memang sangat sedap especially sosnya yang pekat dan sungguh istimewa. Dagingnya yang sungguh lembut dimasak cukup sempurna. Saya bagi rating 8.5 out of 10 untuk benda alah ni.
Ni pula lamb kofta @RM15. Boleh tahan juga masakan ni. Ianya digoreng dan tak beza sangat dengan yang kat atas tu. For me, saya suka yang berkuah tapi ada juga orang lebih prefer yang ni. Anyway untuk yang ni saya bagi 8.0 out of 10.
Ni pula sticky asian style beef ribs @RM25 (saiz besar). Ianya diperap dengan herba Asia dan menggunakan homemade sos. Rasanya boleh tahan sedap dan lembut. Tapi for me yang ni biasa-biasa aja. So 7.4 le saya bagi rating.
Yang ni pula Gambas in Salsa @RM25 (saiz besar). Ianya adalah udang harimau yang dimasak dengan sos plancha. Ianya tak pedas dan udangnya apabila dimasak tak garing, Hmmmm, kalau anda penggemar udang memang makan kat sini tak boleh disamakan dengan makan kat Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor. Saya bagi rating 7.4 untuk udang ni.
Ni adalah sate itik @RM19 (saiz besar). Memang ianya dimasak cukup sempurna walaupun dalam gambar ni tak nampak sangat. Walaupun saya bukan penggemar itik tapi masakan ni membuatkan saya ingin cuba dan nyata ianya tidak mengecewakan. Tak rasa sangat daging itik.
Apabila dicicah dengan kuah kacang memang perfect le. Untuk itu saya bagi rating 7.8 untuk itik ni.
Ni pula mushroom yang dimasak dengan butter. Sorry le gambar ni diambil setelah ianya dah nak habis. Harganya RM21 (saiz besar). Boleh tahan rasanya nak sedap. Rating 8.1.
Last adalah mini smoked salmon pizza @RM15, menggunakan mozzarella. Ianya kecil dan lembut dan cheesenya memang banyak. So 7.8 sesuai untuk makanan ni.
Secara keseluruhan boleh tahan juga makan kat sini dan yang penting ialah the moment yang kitaorang enjoy kat sini dengan sahabat-sahabat. Oklah guys, sampai jumpa lagi ada kerja yang perlu diselesaikan hari ini. Jumpa lagi.
8 comments:
nampak sedap..tp poket kena teballah..haha.
Lpr plak tgk menu nya...bole la try nanti cz dkt je ngan opis
saya mesti kena cuba nih...bawak anak isteri makan di situ...
Entri terkini - Komen Saya Tentang Ebook Sifu Rumah Lelong
kena cuba jgk la mkan kt sini sesekali..nampak menarik..
penah gak dengar member ofis ckap pasal restoran nie... mungkin boleh cuba kalau ada rezeki lebih
Tak pernah nampak restaurant ni. Depan Harrods? Isn't Ben's depan Harrods? Oh wait.. Maybe salah floor. :p
Kalau once in a blue moon makan sini ok jugak. Kalau kerap memang boleh botak kepala. Hahaha..
banyak review kata makanan disini sedap.. blom kesempatan mencuba.. inshaAllah satu hari nnt nak try.. =)
luqman: betul tu, nasib baik pi ramai-ramai hari tu so banyak makanan boleh cuba
mamatisya: kalau dah dekat tu kena le pi ya
farid: saya bercadang gak bawa family, tunggu one fine day
adda: menarik juga restoran ni dan makanannya
hazman: bro ni food blogger so mesti pi
bella: kalau tak silap memang berhadapan harrods
zaza: cuba jangan tak cuba ya
Post a Comment