Pages

Saturday, September 21, 2013

Kos Bercuti di Kuantan (2H1M)

Baru-baru ini, kami sekeluarga pergi ke Kuantan menghadiri majlis perkahwinan kawan. So kiranya sempat le "bercuti" di sana walaupun hanya untuk 2 hari 1 malam.

Secara kasarnya perbelanjaan untuk bercuti ke sana adalah lebih kurang RM550. OKlah kan. Jom kita tengok pecahan perbelanjaan:
  • Makanan adalah perbelanjaan yang paling tinggi iaitu RM181. Antara tempat makan adalah Ana Ikan Bakar Petai. Ketam masak telur masin memang sangat sedap, maybe next time kalau pi sana, mesti cuba lagi masakan ni. Di samping makan kat sana, kami juga singgah kat Kuantan Parade makan kat Rasamas. By the way, shopping centre yang besar kat sana adalah East Coast Mall.
  • Perbelanjaan yang kedua terbesar adalah penginapan @RM165. Kami stay kat Hotel Seasons View, boleh tahan juga hotel ni memandangkan ianya baru dan terletak di tengah bandar. Tak sure le berapa bintang, belasah aja.
  • Seterusnya petrol yang mana kalau tak silap lebih  kurang RM100. 
  • Yang seronok adalah pi bermain dan lepas penyu kat laut. Memang cukup menyeronokkan. Seekor anak penyu dikenakan bayaran sebanyak RM5, so kami ambil 6 ekor penyu so RM30. Tapi kat pusat penetasan penyu tu bagi 10 ekor, so puas le anak-anak bermain dengan penyu.
So begitulah sedikit perkongsian mengenai kos bagi percutian di Kuantan untuk 2 Hari 1 Malam.

5 comments:

Azlina said...

hari2 trn kuantan... tak pernah pun g tmpt penyu tu..katner erk? cherating erk?

adda syuhada said...

bestnya...

Sharinginfoz said...

Lin Azlina: cherating sebelah med club

Mak lagenda said...

Antara kos plg besar makanan dan penginapan. Hurmm..biasa2nya begitulah kos perjalanan dan percutian kan.

lg ramai org yg dibawa bersama,lg besar kos mknnya tuh.

Unknown said...

lepas anak penyu, macam best jerk.. balik kampung bleh terjah ni.. hihi