Pages

Monday, September 16, 2013

Jom Makan Malam di Ana Ikan Bakar Petai Kuantan

Orang cakap kalau pi Kuantan, memang tak lengkap kalau kita tak cuba makanan kat Ana Ikan Bakar Petai yang bertempat di Tanjung Lumpur.
Inilah sebahagian daripada harga ikan kat sini. Boleh dikata ianya berpatutan jika dibandingkan dengan tempat lain, i.e. Umbai Melaka, Langkawi, Jeram Selangor or Bagan Lalang Selangor.
Memang ikan kerapu ni favourite saya.
Sotong pun sodap.
Anyway memandangkan saya ngan wife aja makan benda alah makanan laut, so seekor setiap satu cukuplah, ianya bersaiz sederhana.
Kailan ikan masin ni boleh tahan juga rasanya dan ianya tak begitu keras. Memang sukar juga nak citer mengenai kailan ikan masin ni tapi apa yang saya boleh cakap, rating untuk makanan ni adalah 7.3 out of 10.
Sup untuk my daughter, Afiqah yang mana ianya tak begitu pekat dan ayamnya adalah sedikit besar. Sepatutnya, dihiris kecil sikit dan kuahnya saya suka, cukup rasa. Saya bagi rating 7.6 untuk ni. 
Ikan kerapu sweet sour @RM21 ni memang ok rasanya tetapi tak begitu garing. Saya memang minat ikan yang betul-betul garing. Satu lagi isinya tak begitu rasa sangat, maybe sedikit tawar. Tapi of course kalau kita rendamkan ikan ni lama sikitr dalam kuah, memang sedap. Apa-apa pun, saya bagi 7.7 out of 10.
Ketam goreng telur masin memang sedap, the best yang saya pernah rasa. Tak tahulah mahal ke tak, benda alah ni harganya RM18.85 dan memang berbaloi. Saya bagi rating 9.1. Sebenarnya saya was-was nak order masak telur masin ni sebab tempat lain yang saya pernah cuba memang out.




Last ialah sotong goreng celup tepung, salah satu hidangan yang top kat sini. Boleh dikatakan ramai yang order sotong ni. Memang nampak pun terasa kesedapannya, ianya tidak seperti sesetengah tempat yang mana macam cekodok aja. Yang ni memang perfect, cukup semuanya. Oleh itu saya bagi 8.7 sebab tak dapat at least 9 kerana tepungnya sedikit kasar. Macam terlebih tepung sikit. Kalau ianya halus memang very perfect le.
Anyway kedai makan Ana Ikan Bakar Petai ni ada dua cawangan, saya pi yang dekat dengan surau. Satu lagi ada yang kat tepi jalan. Nak tahu lebih lanjut boleh call Haji Baharin @019-987 8155. Ianya terletak di Lot 400J, Teluk Baru, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang.

5 comments:

Abee Sam said...

wow kat Bandar Baru Bangi Selangor pun ada cawangan dia .. mmg terbaik masakan dia ..

mama tisya said...

tu la rmi yg ckp kalo ke kuantan try singgah cni..sy pn tk sempat singgah...org kata yg secial kt sini ikan bakar ngan petai...suka ketam goreng telur masin kt aroma ikan bakar kuala sgor

Eyriqazz said...

bolehla singgah ni nanti kalau singgah ke kuantan...

Hazmin Hamudin said...

Saya makan ana ikan bakar petai dekat bangi je. dekat kuantan tak pernah pergi lagi.

Mak lagenda said...

Nnt kalo mak gi kuantan, leh la cuba rasa