Pages

Wednesday, September 18, 2013

Selesa Juga Hotel Seasons View Kuantan

Semasa dok kat Kuantan baru-baru ini, kami menginap di Hotel Seasons View yang terletak di tengah bandar. Ianya tidak jauh dari Kuantan Parade.
Jangan risau, tempat parking banyak disediakan khas untuk penginap hotel.
Anyway alamat Seasons View adalah A22, Lorong Haji Abdul Rahman 1. Boleh call 09-51622828 untuk maklumat lanjut.
Inilah rate yang ditawarkan serendah RM98 hingga RM228. Anyway kami ambil yang family superior @RM165 termasuk tax, so oklah untuk 4 orang. Sarapan pun untuk 4 orang.
Jom kita masuk dulu.
Oppsss terlupa nak cakap yang hotel ni ada wifi so janganlah risau ya, manalah tahu kot-kot broadband dah cecah limit.
Ni adalah saluran yang disediakan. Nasib baik ada sport channel so malam tu dapatlah tengok game Arsenal vs Sunderland yang mana Arsenal menang selesa 3-1. Seronok gak tengok jaringan Giroud dibantu oleh pemain yang baru sahaja dibeli, siapa lagi kalau tak Ozil.
Ni le TVnya, walaupun tak flat screen, oklah janji dapat tengok. Lagipun bila bercuti takkan nak lepak depan TV aja kan.
Biliknya memang luas, puas hati dan ada 2 katil queen size. Cukuplah untuk kami 4 beranak.
Ada juga kettle dan air mineral disediakan.
Almari untuk letak pakaian.
Aircond, OK.
Peti sejuk bersaiz kecil ada disediakan tapi macam tak cukup power aja, tak sejuk sangat walaupun dah cuba pulas. Nasib baik keropok yang dibeli kat Cherating OK lagi.

Anak-anak memang enjoy sakan main dengan penyu di Cherating.
Bilik mandi OK juga.
Takkan nak komen pada sinki kot.
Memandangan bilik ni untuk 4 orang so towel pun ada 4 le. Secara keseluruhan saya berpandangan hotel ni OK dengan harga tak sampai RM200 dan sarapan disediakan. Jangan lupa kalau perlukan sejadah or iron, call diaorang untuk hantar. Tapi macam mana le telefon tu tak berfungsi, masa nak check out baru berbunyi telefon tu. 

3 comments:

Mak lagenda said...

Harga yg berpatutan tu..nampak selesa dan bersih.

HeNRieTTa JoSe said...

Semua lengkap..nmpak selesa...

Azlina said...

hotel yang kira baru jugakla kat ktn tu... not bad kan... selesa... dekat nk g kp...