Pages

Sunday, September 8, 2013

Dah Lama Tak Makan di Sri Niara Seafood Desa Melawati

Dah lama tak pi makan kat Sri Niara Seafood yang terletak di Desa Melawati. Sebelum ni kali terakhir ialah lebih kurang setahun yang lepas.

Anyway first time makan kat sini ialah pada tahun 2010.
Tomyam campur ni boleh dikatakan sedap especially kuahnya yang pekat dan sedikit masam. Pada harga RM6, banyak juga ayam ada dalam tomyam ni dan beberapa ekor udang. Memang saya suka dengan rasanya. Rating untuk benda alah ni saya bagi 8.0 out of 10.
Kali ni cuba ketam masak cili. Ambil dua ekor @RM16. Walaupun ketam tu bersaiz kecil tapi apabila masak yang mana ianya garing, memang cukup sedap. Tak terlalu pedas. Of course kat KL ni susah nak cari ketam yang segar. Apa-apa pun, untuk benda alah ketam ni saya bagi 7.9.
Kailan ikan masin @RM4.50 ni just OK dan of course kalau nak sedap kena cuba di Ogy D' Greenwood. Tak banyak yang saya nak perkatakan dengan kailan ni selain ianya masin dan sayurnya sedikit keras. Apa-apa pun rating saya bagi 7.1 out of 10.
Sotong goreng tepung saya tak berapa suka kalau ianya macam cekodok tapi yang ni entah macam mana saya rasakan ianya unik dengan tepungnya yang garing dan isinya tak berapa pejal. Pada harga RM5 saya rasa ianya berpatutan dan dengan ini saya bagi 7.6 out of 10. 
Beginilah rupa sotong yang ada dalam tepung tu. Memang sedikit aja kan? Tapi OK le.
Bersama dengan nasi dan juga air semuanya adalah RM41.20. Memang berpatutan bagi makan malam. Next time boleh terjah lagi di Sri Niara Seafood di Desa Melawati.

5 comments:

Hazmin Hamudin said...

Saya pun tak suka kalau sotong/udang goreng tepung macam sekodok tu. Mcam apa je rasa.

luqman zakaria said...

ituler yang x suke kalau bende bergoreng tepung nih..tepung tuh tebal..isi dalam hurmmm..

hazman fadzil said...

Memang nampak sangat banyak tepung tue.... cover dengan lauk lain la kan

Mak lagenda said...

Tu bukan sotong celup tepung dah namanya tuh!!

Kena tukar nama kpd tepung goreng sotong pulak..

Myra Jay said...

Sedapnya tengok Tomyam tu :)

Sotong comel tul :D