Pages

Sunday, September 29, 2013

Hantaran Kahwin Daripada RM20,000 Jadi RM1,000

Terbaca mengenai kisah perkahwinan di dalam akhbar Kosmo hari ini. Masa nak berkahwin, si lelaki ini berjumpa dengan keluarga si gadis yang mana hantaran sebanyak RM20,000 ditetapkan bagi perkahwinan. Just imagine, itu tak termasuk dengan kos kenduri dan macam-macam lagi. Kalau dicampur semua, rasanya at least RM30,000 hingga RM40,000 kot.

Memang tinggi betul kos untuk berkahwin sekarang. Just imagine, kalau tidak ada simpanan then berhutang sebanyak RM40,000 bagi tempoh 10 tahun, bayaran bulanan adalah sebanyak RM477. Memang banyak tu, then bila anak sekolah pun hutang tak habis lagi. Teruk kan zaman sekarang ni.

Anyway berbalik pada cerita di atas, si lelaki pun berjumpa dengan keluarga si gadis dan akhirnya setelah berbincang dan menyatakan tujuan sebenar perkahwinan, maka majlis secara ringkas diadakan dan hantaran sebanyak RM1,000 dipersetujui. Alhamdulillah setelah 15 tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak dan mereka tiada bebanan hutang.

So apa yang boleh kita ambil iktibar berkenaan kisah ini adalah PERMUDAHKAN URUSAN PERKAHWINAN DAN JANGAN BEBANKAN HIDUP MEREKA.

Apa pandangan semua mengenai kos perkahwinan sekarang ni?

8 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
Tak ramai orang rasional...ramainya ikut perasaan.

Kalau hantaran rendah, masyarakat pula syak yg bukan2...

Sebaiknya kena bincang dgn dua2 keluarga. Kalau mereka setuju, kan best tak payah tanggung hutang

mamawana said...

Assalam,

Jgnkan nak wat kenduri kahwin kos berbelas dan berpuluh ribu. Nak wat open house raya pun ribu2. Kalu tak buat hmmmmm...... apa kata jiran setaman.

HeNRieTTa JoSe said...

Wah...hebst larr lelaki tu...xde hutang lgsg...rietta sndiri blom abis belajar...hutang dah berpuluh ribu dgn ptptn...masih blomhabis potongan gaji sehingga sekarang...

Farid Adam said...

itulah yang sebaiknya - tidak membebankan bakal pengantin lelaki. risau je kalau dikejar ahlong lepas kahwin nanti...

Jom terjah entri terbaru saya - Rezeki CPUV Nuffnang Bertambah

Mak lagenda said...

Alhamdulillah..Allah permudahkan jodoh pasangan tu dan keluarga juga tidak menambahkan lg beban.

Mudahkan cara kan lbh baik. Yg penting nikah..

freepercuma said...

Assalamualaikum,

Rezeki dia la tu. Alhamdulillah

hazman fadzil said...

ramai je kaum lelaki terpaksa hutang sebab nak kawin.....beban tanggungan kian bertambah lepas kawin

Hazmin Hamudin said...

Sekarang ni nak berlawan je majlis mana yang grand. Parent pun tak nak kalah jugak. Kalau mampu tu tak kisah la lagi. Ni nanti merana berhutang sana sini.