Pages

Friday, September 6, 2013

Cendol Bakar Auntie Su di MRR2

Sekarang ni cuaca panas juga, pekena cendol sedap juga. Anyway bagi penduduk kawasan Wangsa Maju dan sekitarnya boleh menikmati cendol bakar. By the way, kedai ni namanya Cendol Bakar Auntie Su yang terletak on the way to tol Gombak dan berdekataan dengan Shell berkembar. Alah kat kawasan tu ada dua stesen minyak Shell. 
Kedai ni bersebelahan dengan kedai jual kereta terpakai. Kalau tak nak makan sini, boleh take away, sekarang ni dah ada drive through.
Ni le menu cendol bakar yang ada kat sini. Yang basic punya harganya RM3.00 manakala kalau yang nak yang paling mahal ialah RM4.50, tak kira le bagi peminat durian or tapai or pulut. By the way kalau yang basic, ada dicampur, cendol, jagung, kacang merah dan nata di coco.
Apa yang bakar? Maybe gula melaka dibakar. Tengoklah kepekatan gula melaka dicurah pada ais yang dikisar dan dicampur santan, memang membuatkan siapa saja yang tengok teringin untuk cuba.
Yang ni pula yang jagung, kiranya penuh dengan jagung sebab tu harganya 50 sen lebih mahal. Kalau nak lebih benda lain, i.e. kacang tambahlah 50 sen ya. Secara keseluruhan memang sedap, maybe kalau berkesempatan boleh singgah lagi kat sini.

So apa lagi jom makan cuba cendol di Cendol Bakar Auntie Su di MRR2.

6 comments:

Zaza Abdul Latif said...

ada baca beberapa review kata kat MRR2 dah buka cendol bakar ni.. so far blom sempat lg try.. soon might be. :)
thanks for sharing..

mama tisya said...

tk prasan plak cendol bakar ni..baru ek...tp pernah rs yg kt kuala sgor tu..tkde la sedap mana pn..biasa2 je

amirah said...

nampak pun sedap. tapi yg ni cawangan cendol bakar yg gelemer tu ke?

Sharinginfoz said...

Zaza: kena cuba nanti

Mama tisya: boleh tahan gak

Amirah: tak sure pula

Hazmin: memang senang dekat aja

HeNRieTTa JoSe said...

Terfikir jga rietta, apa yg dibakar...rupanya gula melaka...klu blk shah alam...bleh la cuba nie...nak sedap....nak nak yg jagung tu...

Unknown said...

Kalau minum time petang or cuaca panas memang best laaa