Lebih kurang 5 hari bekerja setelah jual kembali pelaburan unit trust, ianya sekarang sudah masuk kembali ke dalam akaun KWSP. So buat masa sekarang biarlah duit tu duduk diam-diam dalam akaun KWSP, manalah tahu kot-kot nak beli unit trust pada masa hadapan.
Anyway sebelum ni saya masuk RM10,000 then sekarang nilainya adalah RM11,533.92 iaitu kenaikan sebanyak 15.3% dalam masa 2 tahun setengah. Actually ianya tak beza sangat jika dibandingkan dengan simpanan dalam KWSP.
Memanglah pelaburan dalam unit trust ni untuk jangka masa panjang. Anyway tak kisah le apa orang nak cakap, saya berpendapat sekarang ni waktu yang sesuai untuk jual unit trust.
Jumlah unit Public Islamic Dividend Fund (PIDF) yang saya jual adalah sebanyak 30,740.72 pada harga RM0.3752 iaitu berjumlah RM11,533.92.
Actually waktu entri ini ditulis, harga PIDF adalah RM0.3824 so ini bermakna nilai pelaburan amanah saham saya adalah RM11,755.25 iaitu perbezaan sebanyak +RM221.33. Memang banyak juga kan tapi tak kisahlah janji ianya selamat dalam KWSP ni.
1 comment:
betul tuh bro.... ambik langkah selamat lebih baik
Post a Comment