Pages

Thursday, August 22, 2013

Jom Cuba Makan di Selera Ogy D' Greenwood

 
Pernah dengar tak Restoran Selera D' Greenwood? Ianya restoran yang dimiliki oleh Kak Ogy. Alah Fauziah Ahmad Daud. Ianya of course di Greenwood.  
Sebelum ni dah beberapa kali lalu restoran ni tapi tak berkesempatan untuk singgah.
Baru-baru ini kebetulan tak ramai orang dan ada tempat parking so singgah le menikmati makanan kat Restoran D' Greenwood ni. Memang cantik dekorasi kat dalam restoran ni. Jom kita tengok makanan yang saya makan kat sini.
Yang ni adalah tomyam ayam @RM6, boleh tahan rasanya dengan rasa pedas, masam dan kuahnya pekat juga. Yang ni saya bagi rating 7.8 out of 10. 
Ni ayam goreng paprik @RM5.50. Ni pun sodap juga tapi memandangkan dua-dua ayam so tak berapa ummpph sangat, i.e. rasa macam muak aja tapi boleh tahan le. Tak banyak yang saya nak komen mengenai paprik ni tapi hakikatnya saya bagi rating 7.7 out of 10.
For me yang ni paling best dan kailan ikan masin yang terbaik pernah saya rasai. Kailan ikan masin ni harganya RM5. Kailannya yang tak keras dan ianya cukup segar dan kelembutannya membuatkan kita rasa nak makan lagi. Ikan masinnya pun ok, yang paling OK ianya tidak dihiris besar-besar macam di sesetengah tempat. Yang ni saya bagi rating 9.0 out of 10. Bagi penggemar kailan ikan masin, patut cuba sayur ni kat sini.
Ni adalah garlic bread, khas untuk Danish. Bagi set yang ada 6 ketul, harganya adalag RM7.90. Sedap juga dan ianya ranggup, memang kena makan waktu panas-panas kalau tak tidak sedap le. Yang ni saya bagi rating 7.9 out of 10.
Ni telur dadar @RM1.20. Memang tengok gambar boleh tahu akan kesedapannya, anyway ianya tak kembang. Saya rasa, kalau saya masak telur dadar ianya lebih sedap. Untuk itu saya bagi rating 6.4 out of 10.
Semua sekali untuk makan dengan air adalah RM36.80. Secara keseluruhan bolehlah datang cuba makanan lain, i.e. makanan arab ataupun western. Maybe masakan Melayu kat sini bukannya forte diaorang. Apa yang saya boleh sarankan ialah kena pelbagaikan masakan Melayu kat sini. 
Bagi sesiapa yang nak cuba bolehlah call 61841069 untuk makluman lanjut. Anyway ianya berada di Lot 2344-9, Jalan Batu Caves, Kampung Simpang Tiga (Greenwood), Gombak.

Boleh gak baca pengalaman blogger niezzareena makan kat sini.

9 comments:

mama tisya said...

selaian masakan melayu ada juga western ye...dkt je kt greenwood tp blum rs nk singgah lg

luqman zakaria said...

xpernah dgr pulak..decoration tuh ..macam org kawin..hehe

HeNRieTTa JoSe said...

Bleh larr try nnti bila trun KL ataw blik shah alam...

Hafiz Md said...

alamak...dekat sangat2 dah ni...lehla gi try nanti....hehehe...

thanks yer berkongsi =)

FARAH deeb said...

Punye bertahun dok Gombak baru ku tau Ogy ade bkk restoren kat sana. Area mana ek? Landmark? Dekatngan bus stop Greenwood tu ke? Jemput singgah: AMARAN! Entri ini ada banyak gambar makanan!

Eliss Mie said...

boleh lah kesana mencuba kalu pergi umah abang.

! Arjunakirana ! said...

perghhh menyelerakan.. nyum nyum :)

hazman fadzil said...

Mesti kak ogy tak masa nie kan...kalau tak boleh deal buat food review

ZazaMyMoon said...

Ok thanks for the info.. baru tahu Ogy ada bukak restaurant.. nanti boleh try.