Pages

Monday, August 5, 2013

The Manhattan Fish Market Memang Tak Kena Selera Kami

Semalam pi berbuka puasa kat The Manhattan Fish Market kat Wangsa Walk. Oder le menu dua orang campur dengan spaghetti dan kids menu. Anyway yang ni kiranya untuk dua orang, seafood platter kot. Ada 4 ekor udang yang mana ianya disaluti dengan cheese yang telah cair, dua keping ikan, sotong, mussel yang digoreng tepung, fries dan juga dibawahnya ada nasi.

Secara keseluruhan biasa-biasa aja, tapi mujurlah ikan tu memang sedap dan ianya garing, kalau tidak selera memang tak ada le. Portionnya memang banyak. Sebab tu le kitaorang sempat tapau lagi.
Set ni juga ada sekali dengan mussel berkuah. Alamak benda alah ni, memang tak kena langsung dengan selera saya. Kalau dibanding dengan kerang, saya pilih kerang bakar or rebus. Maybe saya ni keterlaluan tapi itulah hakikatnya. I am sure ramai yang suka kepah berkuah ni.
Set ni juga didatangkan dengan roti dan sup dan juga dengan dua gelas air. Nanti air kat bawah ya. Semua sekali untuk set dua orang ni harganya RM53.90 sebelum cukai.
Di samping menu kat atas tu, kitaorang order set spaghetti untuk Afiqah bersama dengan air. Yang set ni harganya RM19.50. Terus terang saya cakap spaghetti ni tak kena langsung dengan selera Afiqah. Bila saya cuba memang biasa-biasa aja. Dah le kering aja, tak macam spaghetti yang selalu kitaorang makan. Afiqah cakap mummy masak lagi sedap.
Ni untuk Danish pula set ayam dengan air. Opppss, diaorang tersilap hantar, bagi ikan pula. Anyway OK aja, bila cakap kat staff diaorang, boleh aja tukar, ambil masa 8 minit so ok le. Sorry tak sempat nak ambil gambar set ayam goreng tu. By the way, set ni harganya RM9.90.
Air actually ada 4 satu lagi belum sampai masa ambil gambar tu.

Semua sekali termasuk dengan cukai 16% adalah RM96.63. Rasanya inilah kali terakhir berbuka kat luar sebelum menyambut raya tahun ini. Secara keseluruhan bagi saya, makan kat The Manhattan Fish ni biasa-biasa aja. Memang makan mussel ni tak menepatu selera kami tapi yang nyata ikan tu memang sedap.

Bagi yang pernah makan kat Manhattan, apa pandangan semua? Eyriqazz cakap flaming prawn macam sedap aja? Kalau tak percaya tanya mamatisya @grilled flaming lobster.

7 comments:

Eliss Mie said...

saya suka makan mussel atau kupang kot. tapi kalau kupang masak pedas lagi sedap kan.hehehe. makanan org kg :p selamat hari raya :)

Smiley said...

penah mkn masa zaman bujang dulu..mmg tak suke! huhu.
suka mkn kat rumah je..jimat! ekek

mama tisya said...

mussel tk suka..tp grilled lonster & flaming prawn suka...tp rege mmg bole tahan mhl

awie958 said...

tak pernah makan dan xkan dapat pernah merasa nikmat makan di sana.

nurin khairi said...

Salam terjah blog :p
Seafood platter tu mmg byk, selalunya kami kongsi bertiga. Kalau berdua dgn hubby selalu x abis. As for mussels, mmg sy pun x suka. Ada yg goreng punya dlm seafood platter pun x suka (kalau pilih menu tu lah, x ingt mussels atau apa). As for spagetti tak pernah try tapi rasanya kalo spageti sedap kat secret recipe la kot

Slmt hari raya

hazman fadzil said...

set platter nie memang sesuai makan ramai ramai....cuma sonok tengok diorang bakar udang tu live depan mata

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

Sy pernah pergi sini dulu..tak kena dengan tekak jugak...tp mcm nak cuba sekali lgi...nak trymenu lain