Pages

Sunday, August 18, 2013

Lemang Popular di MRR2, Kuala Lumpur @Lemang Pak Ali

Musim raya ni, mesti ramai yang tercari-cari lemang. Memang salah satu juadah yang wajib setiap kali berhari raya. Kalau kat KL ni, boleh tahan juga banyak tempat yang jual lemang dan yang pasti salah satu daripada lemang yang popular adalah Pak Ali Lemang.
Gerai ni adalah berada di tepi MRR2, dan tak jauh dari Courts.
Seberang jalan tu ada Consist Collage dan juga Zoo Negara.
Lemang yang dijual kat sini adalah dalam lingkungan RM8 dan RM20 sebatang. 
Kalau tak silap sepanjang tahun ada jual, tak kira waktu raya ke, cuti ke, ianya boleh diperoleh di sini.
Ketupat palas pun ada.
Lemang ni kalau tak makan dengan rendang memang tak sah. Tak kira le ayam or daging.
Sempat minta Afiqah bergambar di hadapan gerai Pak Ali Lemang Asli ni.
Just nak cuba, kitaorang beli satu batang yang kecil @RM8 dan suruh diaorang buka terus dari buluh tu. Memang sah, sedap lemang kat sini dengan lemaknya dan kesegaran. Maklumlah baru masak, panas-panas lagi.
Beli juga rendang ayam, yang mana ada dua ketul bahagian drumstick. Satu bekas ni adalah RM12. 
So kalau nak makan lemang jangan lupa singgah di Lemang Pak Ali Asli or boleh call 012-2540969 or 012-2215937 untuk mengetahui lebih lanjut. Anyway Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun pernah singgah sini.

6 comments:

Bo the Nerd said...

sepanjang tahun ada ke? boleh cari ni. Part kepala lemang paling sedap..

mama tisya said...

Mmg femes lemang pak ali..situ slalu jammed sbb rmi org stop nk bli lemang

Sharinginfoz said...

bo the nerd: setahu saya ianya sepanjang tahun ada.

mama tisya: itu yang saya dengar juga

eelobor said...

pernah beli sekali jer lemang kat sini tahun 2008 dulu, pastu dah tak beli sebab mahal sangat. kalau on d way nak balik kampung, selalunya singgah beli di kuala krai. RM10 dapat la 3 batang

Eliss Mie said...

tak makan lemang lagi raya tahun ni :p

hazman fadzil said...

Rendang tu menarik jugak... sedap tengok nie...