10 bulan yang lepas saya telah menjual emas KFH dengan harga RM168.44 untuk satu gram. Sekarang ni saya telah membeli kembali emas tersebut dengan harga RM145.19 untuk satu gram.
By the way, masa saya jual hari tu nilai keseluruhan bagi 30 gram adalah RM5,053.20. So sekarang saya telah membeli 35 gram dengan jumlah keseluruhan adalah RM5,081.65.
Adakah saya perlu menggunakan tambah duit lain sebanyak RM28.45 untuk memperoleh 5 gram tambahan? Jawapannya adalah tidak. Nanti saya akan cerita lebih lanjut ya.
By the way, harga emas KFH pada 13 Ogos 2013 adalah RM136.17 (belian) dan RM145.19 (jualan).
Masa beli emas tu, minta gak nak tengok 35 gram emas, staff KFH cakap boleh aja, kena le masuk dalam sebab emas tu diaorang simpan dalam bilik khas tapi kalau nak tengok yang dah ada kat luar tu boleh le tapi yang 5 gram. Hmmm, saya cakap tak apalah ambil gambar yang 5 gram dah cukup le.
Kalau masuk dalam boleh le tengok yang 10 gram ke, 20 gram ke.
Begini le emas KFH dalam bentuk jongkong. Jangan tersalah faham pula, jongkong tu tak semestinya macam satu bongkah bata yang besar. Yang kecil pun diaorang panggil jongkong.
By the way, untuk beli emas ni, minima adalah 10 gram dan penambahan adalah 1 gram. Bila buat pengeluaran or jualan, paling sikit kena simpan adalah 2 gram, kalau tak kenalah tutup akaun emas ni ya.
Anyway saya nak cerita mengenai macam mana saya tak perlu tambah duit since 10 bulan yang lepas saya jual emas KFH dan saya masukkan dalam "fixed deposit" di Bank Rakyat yang menawarkan kadar keuntungan sebanyak 4.11% setahun (since saya ni ahli Bank Rakyat, kalau tak 4.01% aja).
Since saya buat pengeluaran sebelum tarikh matang, keuntungan adalah tidak diperoleh sepenuhnya, tapi ianya lebih daripada jumlah yang saya perlu bayar untuk beli 35 gram emas di KFH, iaitu RM5,143.98.
Actually 10 bulan yang lepas saya simpan RM5,000 dalam FD hasil daripada jualan 30 gram emas KFH sebanyak RM5,053.20. Memang saya plan simpan dalam FD ni untuk sementara waktu bagi tunggu harga emas turun. So sekarang waktunya saya rasa harga emas dah turun banyak then kemungkinan besar ianya akan naik kembali.
So secara keseluruhan saya dapat extra 5 gram dan RM115.53 setelah menjual harga emas pada harga tinggi, then simpan hasil jualan dalam FD Bank Rakyat dan beli kembali emas pada harga rendah dalam masa 10 bulan.
Begitulah cerita perkongsian saya mengenai jual beli emas di KFH. Ingat ya, jual harga tinggi then beli kembali pada harga yang rendah. Ianya sedikit berbeza dengan cara biasa yang mana beli harga rendah dan jual harga tinggi.
6 comments:
saya ada bli gk emas jongkong ni tp kt public gold
great investment ni...
tapi memang kena keep track on harga turun naik emas kan...
saya beli dinar je setakat ni.suka dalam bentuk dinar dari jongkong.feeeling simpan harta karun macam orang dulu2. :p
banyak yang saya perlu belajar lagi ni. dari duk beli simpan kat rumah baik buat macam ni. nampak hasil.
Paling rendah saya tengok KFH ni ialah RM127 untuk harga kita beli.
Mak dah jual semua emas yg mak simpan x lama dulu untk beli 'harta' lain.
So bila tgk harga emas jatuh, mmg geram je rasa nak beli emas balik. Tp tunggu la dulu..tunggu ekonomi stabil blk.
Post a Comment