Pages

Wednesday, October 10, 2012

Jom Menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) @Bajet 2013

Hampir 2 minggu Bajet 2013 diumumkan tapi rasanya tak terlambat saya nak share mengenai kenaikan pelepasan cukai bagi tabungan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Jom kita tengok apa ada dalam teks ucapan Bajet 2013 mengenai SSPN.

"Bagi mengalakkan sikap menabung untuk pendidikan, sukacita juga saya mengumumkan di sini bahawa pelepasan cukai yang telah pun diberi sehingga RM3,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional dinaikkan kepada RM6,000".

Jangan risau SSPN ni berlandaskan syariah dan saya baru sahaja buka akaun di Maybank bagi my children lebih kurang 6 bula yang lepas. Yang bagusnya boleh check baki melalui internet. So apa lagi bukalah akaun SSPN untuk masa depan anak-anak dan di samping itu dapat pelepasan cukai. Sebagai contoh kalau kadar cukai anda adalah 12% so penjimatan cukai adalah sebanyak RM120 bagi setiap RM1,000 tabungan dalam SSPN.

Ingat ya, ianya dikira tabungan bersih tahunan (jumlah tabungan terkumpul tahun sekarang - jumlah tabungan terkumpul tahun sebelum ini). Sebagai contoh:
  • Baki awal tahun 2011= RM1,000
  • Tabungan tahun 2012=RM2,000
  • Pengeluaran tahun 2012=RM500
  • So tabungan terkumpul:
    • 2011=RM1,000
    • 2012=RM2,500 (RM1,000+RM2,000-RM500)
  • Tabungan bersih=RM1,500 (RM2,500-RM1,000)

3 comments:

Anonymous said...

Tgh cari bank yang ada hadiah cam bank islam. he.. he

HeNRieTTa JoSe said...

bestnye.....klu ada anak, rietta pown nk buka juga sspn ac nie...

mak lagenda said...

Ketiga tiga anak mak *termasuk mak* dah ada acc nih.

Tp,duit je yg masuk2 lg. Hihihi