Pages

Saturday, October 20, 2012

Keputusan Terkini: Kelantan vs ATM Perlawanan Akhir Piala Malaysia 20 Oktober 2012

Update: Kelantan 3-2 ATM 
Update: Video jaringan final Piala Malaysia 2012
  • KELANTAN MENJADI JUARA PIALA MALAYSIA, TREBLE UNTUK KELANTAN
  • 122": Matyo cedera tapi dapat meneruskan permainan
  • 120": 4 minit masa tambahan diberi akibat mengambil kira kecederaan
  • 119": Sepakan percuma diambil dan hantaran tersebut gagal dimanfaatkan oleh pemain ATM
  • 119": Sepakan percuma bakal diambil oleh ATM, 4 pemain Kelantan membuat benteng
  • 117": Permainan terus tegang, pemain-pemain tak dapat mengawal emosi, maklumlah ada beberapa minit lagi permainan.
  • 115": Pemain-pemain bertelagah sesama sendiri. Ini kerana apabila pemain Kelantan cedera di atas padang, pemain-pemain ATM meneruskan juga permainan, tiada belas kesihan betul. Sepatutnya sebagai pemain yang prihatin, pemain ATM perlu mengeluarkan bola, 
  • 112": Varathan, ATM dilayangkan kad kuning kerana menyiku Matyo. Sepatutnya dikenakan kad merah terus. Permainan sangat genting sekarang
  • 110": 10 minit lagi perlawanan, satu lagi pertukaran bagi Kelantan setelah Daudsu diusung keluar dan diganti oleh Aslam
  • 105": Separuh masa pertama masa tambahan tamat, 15 minit lagi akan berlangsung
  • 97": Gol dijaringkan oleh pemain ATM tetapi tidak dikira kerana ianya terus terang berada di dalam kedudukan offside
  • 96": Indra menjaringkan gol buat Kelantan setelah menendang terus bola apabila mendapat hantaran
  • 94": Aidil gagal menanduk masuk walaupun hanya berdepan dengan Fahmi setelah mendapat hantaran sepakan percuma
  • 92": Pemain-pemain kelihatan keletihan
  • Permainan diteruskan dalam masa tambahan 15 minit + 15 minit setelah berehat seketika
  • Separuh masa kedua tamat
  • 90": 3 minit masa tambahan
  • 82": Tinggal 8 minit lagi perlawanan, maybe ianya akan diteruskan ke dalam masa tambahan
  • 75": Afiq yang berjaya meloloskan diri menghantar bola kepada Matyo tetapi dapat dipintas oleh pemain pertahanan ATM
  • 73": Kedua-dua pasukan bertungkus lumus untuk mendapatkan gol bagi memenangi perlawanan malam ini
  • 62": Marlon menjaringkan gol kedua untuk ATM setelah mendapat hantaran sepakan percuma. Sebelum itu, Shakir dikenakan kad kuning setelah melakukan tackle yang keras. Kelantan 2-2 ATM. Mengikut statistik, Marlon menjaringkan 60% daripada gol ATM musim ini
  • 56": Sepakan percuma diambil oleh Piya dari sebelah kanan pintu gol sedikit ditumbuk oleh penjaga gol
  • 54": ATM terus menerus melakukan serangan dan dapat dipatahkan oleh pertahanan Kelantan especially Obinna
  • 51": Sepakan tinggi oleh Aidil dapat ditangkap cantik oleh Fahmi
  • 49": Matyo menjaringkan gol kedua hasil hantaran Piya
  • 48": Gol penyamaan dijaringkan oleh Rezal Zambery. Terdapat kekeliruan oleh Fahmi setelah bola tersebut sedikit terkena Obinna
  • 46": Subramaniam terpaksa dikeluarkan setelah mengalami kecederaan lutut, berlanggar dengan Hai-O.
  • 46": Permainan separuh masa kedua baru sahaja bermula dengan tiada pertukaran dilakukan
  • 45": Setelah 2 minit masa tambahan, permainan separuh masa pertama tamat dengan Kelantan 1-0 ATM. Anyway Chelsea mendahului Man Utd dan Man City dengan 7 mata setelah menang lawan Tottenham sebentar tadi
  • 43": Matyo menjaringkan gol buat Kelantan dari sebelah kanan pintu gol setelah mendapat hantaran pendek oleh Piya. Satu kesilapan yang dilakukan oleh Farizal setelah gagal menangkap sepakan leret Matyo. Anyway Chelsea menang 4-2 lawan Tottenham malam ini
  • 40": Tandukan Afiq melepasi palang hasil tendangan sudut oleh Piya
  • 38": Tackle yang teruk dari belakang oleh Reuben ke atas Matyo tetapi tiada pula kad kuning dilayangkan
  • 36": Sepakan percuma Rezal terus ke dakapan Fahmi
  • 35": Kad kuning kedua untuk Kelantan dilayangkan kepada Shahrul Azim setelah tackle keras yang dilakukan ke atas pemain ATM
  • 30": Permainan tinggal 15 minit separuh masa pertama dengan keputuan maih seri 0-0
  • Selingan: Chelsea pula mendahului 3-2 setelah Juan Mata menjaringkan 2 gol. Permainan tinggal lagi 15 mata. Nampak gaya, Chelsea akan terus menerajui Liga Perdana Inggeris
  • 24": Obinna, pemain Kelantan, dikenakan kad kuning setelah membantes dari bahagian belakang
  • 22": Peluang dipersia-siakan oleh Matyo di hadapn pintu gol setelah hantaran Afiq gagal dimanfaatkan oleh Indra dan dihantar kepada Matyo
  • 18": Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Astro, penguasaan permainan adalah Kelantan 40%-60% ATM
  • 16": Sepakan percuma oleh Aidil dari sebelah kiri gagal ditanduk baik oleh Amirizdwan
  • 14": Tackle yang cantik oleh Aidil dari sebelah kiri menyekat kemaraan pemain-pemain Kelantan
  • 10": Sudah 10 minit permainan, masing-masing melakukan serangan bagi memperoleh gol pertama
  • Selingan: Pada minit ke 56, Totenham mendahului Chelsea dengan 2-1
  • 6": Tandukan cantik oleh penyerang Kelantan, Afiq tetapi berjaya dikeluarkan oleh Farizal. Hantaran cantik oleh Daudu dari sebelah kiri pintu gol
  • 4: 4 minit berlalu dengan permainan nampaknya lebih dikuasai oleh ATM dengan beberapa serangan
  • 2": Penjaga gol Kelantan, Fahmi, berbaring di atas padang setelah berlaku pelanggaran dengan Amirizdwan tetapi tidak nampak kecederaan
  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan barisan-barisan pemain adalah seperti kat bawah ni. Sorry senarai tak berapa clear ya
  • Keadaan di Stadium Shah Alam pada pukul 8.00 malam, stadium yang boleh menampung 80,000 penyokong penuh, dibanjiri lebih kurang 2/3 oleh penyokong-penyokong Kelantan. Semoga semangat penyokong dapat memberi kelebihan kepada pasukan Kelantan. Apa yang penting permainan yang menarik. Gambar ni "dicilok" from fb member.

Perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan vs ATM bakal berlangsung malam ini, 20 Oktober 2012 pada pukul 8.45 malam. Ianya bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.

Anyway kalau nak tahu keputusan dan perkembangan terkini boleh baca di twitter di sebelah kanan entri ini. Bagi barisan kemungkinan Kelantan dan ATM boleh tengok kat bawah ni. Saya ambil from Kosmo.

Pemain-pemain Kelantan:
  • Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi dijangka akan bermain dengan baik malam ini dan perlu mengekalkan fokus bagi menjaga gawang daripada dibolosi. Pengalaman yang banyak sudah pasti membolehkan beliau menjadi antara pemain tumpuan
  • Subramaniam pula sudah tidak asing bagi peminat-peminat Kelantan. Mempunyai skill yang tinggi bagi mempertahankan benteng Kelantan dan mudah mematahkan serangan-serangan lawan
  • Badri pula memang terkenal dengan sepakan percuma yang sungguh tepat dan sebagai kapten, beliau berjaya membawa Kelantan ke tahap yang lebih baik
  • Matyo or Norshahrul pula pemain yang digeruni oleh pihak lawan, tidak bermain secara bersendirian tetapi banyak membantu rakan-rakan menjaringkan gol. Lately jarang menjaringkan gol tetapi adakah malam ini beliau akan membawa perubahan yang positif untuk Kelantan?
  • Afiq, pemain yang dibawa khas daripada pasukan Kuala Lumpur bakal memanfaatkan ketiadaan Ghaddar yang dikenakan kad kuning kedua. Jaringan beliau sangat mengujakan
Pemain-pemain ATM:
  • Sebagai kapten, Hai-O atau Hairuddin Omar adalah nadi pemain-pemain ATM. Perlu diberi perhatian oleh pertahanan Kelantan. Skill yang tinggi bakal menyaksikan permainan yang menarik malam ini
  • Aidil, pemain pertahanan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Pemain kebangsaan ini banyak membantu mematahkan serangan pihak lawan. Sungguh kental, rajin dan dapat membaca permainan dengan baik
Sama-samalah kita saksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 di antara Kelantan vs ATM malam ini. Tunggu ya keputusan terkini.

3 comments:

nur said...

SELAMAT BERJAYA UNTUK KEDUA PASUKAN..

RESULT FINAL PIALA MALAYSIA ATM VS KELANTAN

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

saye denga dr bilik je bebudak kelantan kat hostel ni terjerit2 tgk bola tu,,so lau terjerit tak tentu pasal tu kelantan menang la gaknya,hahaha

KamilSalleh said...

Tahniah TRW dapat bawa pulang piala kebanggaan ke bumi bertuah Klate.