Pages

Monday, September 17, 2012

Seronoknya Pergi Legoland Malaysia

Memang seronok betul apabila baca kisah kawan-kawan blogger pi Legoland. Anyway ni le harga untuk masuk ke Legoland yang terletak di Johor. Bagi dewasa (12 tahun - 59 tahun) ianya pada harga RM140 manakala untuk kanak-kanak (3 tahun - 11 tahun) ianya pada harga RM110.
Bagi pas tahunan pula dewasa (RM275) manakala kanak-kanak (RM210).

Jom tengok pengalaman mereka yang telah melawat Legoland Malaysia:
Ni nak "pinjam" yang sekeping gambar each Legoland Malaysia from eyriqazz, redmummy, mohdzaid dan mutiarawarnasari.
Alisya sungguh gembira dapat naik kereta Lego yang berwarna kuning ni. Anak-anak pasti akan suka apabila berada di Legoland Malaysia ni. Mengikut eyriqazz memang banyak rides ada kat sini. Of course kalau nak cuba permainan yang hot kena le tunggu lama.
Memang cantik gambar yang diambil oleh redmummy. Sungguh teliti betul diaorang buat bangunan-bangunan khas untuk pengunjung Legoland Malaysia.

Nanti kalau ada kesempatan, bolehlah bawa keluarga ke Legoland Malaysia. Nak pi sekarang mesti ramai, maklumlah benda baru, kita tunggu ya.
Melalui mohdzaid, harga makanan dan juga souvenir boleh tahan mahal. Maklumlah kawasan perlancongan kan. Tengok le sekaki payung dijual dengan harga RM70. Hmmm tak berminat ke nak beli payung untuk kenang-kenangan? 
Yang ni pula di blog mutiarawarnasari, seronoknya dapat main kereta sambil-sambil berlumba, boleh ke?

9 comments:

Geng Borak said...

si mat tiger dah ke sana.. giler kentang.. :)

hazman aka species1980 said...

bro...more info boleh terjah blog mohdzaid.com - aper yang best dan kekurangan LEGOLAND nie...

Myvitrd said...

Tunggu ada tiket percumalah.. He3.. Untung kawan2 yg gi free ni

Lia3003 said...

saya dok johor, nak pergi tapi suami kata x mau sebab mahal.. owh, sedih...

sue perbs.. said...

mak aih.. mahal nyw..

velasrizal said...

tmpt dh best tp mahal gak

sya isya said...

nak pergi, nak pergi dan akan pergi. InsyaAllah. Mlm ni nk tgk bunga api kat sana :-)

Nur Fauzi said...

harga tiketnya aduhai.....

Efa Nur said...

jom join trip ke Legoland! :)

bus+tiket =
RM150 kanak2, dewasa RM180.00


:)

http://efagurlz.blogspot.com/2012/09/pakej-legoland-malaysia.html