Pages

Tuesday, September 17, 2013

Jom Bermain dengan Anak Penyu di Cherating

Kalau melawat Kuantan, tak sah kalau tak singgah di Pusat Penerangan dan Santuari Penyu. Ianya berdekatan dengan Club Med. Tak sempat pi belajar mengenai penyu. Boleh baca di reenaonline ya kalau nak tahu lebih lanjut.
Jom bergambar dulu sebelum kita bermain-main dengan anak penyu. Macam tak enjoy ajak Danish dan Afiqah apabila nak bergambar, maybe sebab letih kot.
Actually ianya secara tak sengaja, mula-mula kitaorang nak lepak sini tengok mengenai penyu tapi malangnya ianya dah ditutup kul 4.30 petang, kalau tak silap. Then tengok ada satu family tu tengah bermain-main dengan anak penyu so tanyalah diaorang.

Check punya check diaorang cakap kalau nak lepaskan penyu ke laut cajnya adalah sebanyak RM5 seekor. So apa lagi pergi jumpa dengan orang yang jaga kat sini cakap nak 6 ekor cukup le.
Dia pun cakap, oklah then bagi lebih sikit, dapatlah 10 ekor. Tengok gambar sebelum ni, penuh satu kolah dengan anak-anak penyu.
Memang comel betul penyu ni, siapa tak geram nak main dengan anak-anak penyu ni. First time pegang anak penyu.
Memang sungguh kecil, tak sampai tapak tangan.
Bila pegang aja penyu tu terus bergerak-gerak. Maklumlah sebelum ni dok dalam satu kolah banyak-banyak.
Danish dan Afiqah memang leka betul main dengan anak penyu dalam basin ni. Mula-mula rasa geli aja pas tu memang seronok sakan.
Tengoklah tadi macam tak enjoy aja bergambar, sekarang ni memang suka betul.
Tengok le mereka buat apa pula, nak berlumba penyu kot. Siap buat garisan le pula. Kesian kat penyu dibuatnya.
Jom bagi bapak pula main dengan penyu ya. 
Memang kecil betul penyu ni. Kulitnya pun tak keras sangat.
Memang kelakar penyu ni, siap buat lambaian terakhir sebelum dilepaskan. Tak tahulah apa nasib si penyu sekor ni.
Berjalan-jalan ingin masuk dalam laut. 
Oppsss, silap haluan ke?
Dah nak masuk ke laut, bye-bye si anak penyu.
Sikit aja lagi nak masuk ke laut. Mesti happy sakan ya.
Dah masuk ke laut then dah tak nampak.
Kawan-kawannya pun nak join sama. Anyway apa yang saya tahu daripada 1,000 ekor anak penyu yang dilepaskan, maybe hanya 1 ekor je yang hidup. Ini memandangkan mati dimakan oleh ikan ke, helang ke or tak boleh survive atas sebab-sebab tertentu.

Anyway sempena kemerdekaan baru-baru ini sebanyak 56 ekor anak penyu dilepaskan.

8 comments:

Zaza Abdul Latif said...

alalalala comellllnya.. 1day kalau kesana nak try jg lah.. thx for sharing the info :)

HeNRieTTa JoSe said...

Bestnye...rietta pernah sekali dkat taman negara pulau pinang...percuma, tapi kna buat appoiment....dalam kumpulan besar...dan perlu tarikh yg mmg dorg nk lepaskan....

Eliss said...

seronoknya lepaskan anak2 penyu tu. even org trg tak pernah sentuh anak penyu :p mak penyu penah tengok ms kecik2 dulu musim bertelur..

mama tisya said...

tgk gmbr dkt ank penyu tu mcm sian je...best la merasa pegang anak penyu

Lagenda said...

Mesti seronok anak2 tu dpt peluang bermain dan melepaskan anak2 penyu. Bukan slalu dpt peluang mcm tu

Myvitrd said...

comelnya.. bilalah boleh rasa pegang penyu ni..

mama maman aka yana said...

masa gi cherating aritu (lama dah jugak) nmpk signboard tuh tp tak terfikir pun nak gi menjenguk penyu.. cam besh lak biarkan anak bermain ngan anak penyu nih... hehe

Hazmin Hamudin said...

Comelnya. Tak tahu pulak boleh buat aktiviti lepaskan anak penyu ni.