Monday, October 28, 2013
Berita Baik Buat Blogger Melebihi 350 UV Sehari
Tadi dapat e-mail from exabytes. Exabytes sekarang ni tengah mencari 100 blogger yang mempunyai sekurang-kurangnya 350 unique visitors (UV) sehari bagi tujuan pengiklanan.
So kalau blog kawan-kawan mempunyai at least 350 UV daily, so hantarkan screenshot UV untuk dua bulan yang lepas kepada marketing@exabytes.com.my. Seboleh-bolehnya hantarlah screenshot google analytic, kalau tak ada benda alah ni, hantarlah apa-apa yang boleh menunjukkan jumlah pelawat ya.
Nanti dalam masa 5-7 hari bekerja dapatlah tahu sama ada diterima ataupun tak. Biasanya selepas 6 minggu setelah banner diletak dalam blog, pembayaran akan dibuat. Make sure blog kawan-kawan majoriti dilawati oleh pelawat yang berada di Malaysia.
Saturday, October 26, 2013
Bajet 2014: BR1M diperluas kepada Isi Rumah Berpendapatan RM3,000-RM4,000
"Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgit kepada 650 ringgit."
"Seterusnya, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit."
"Sebagai tambahan, buat pertama kalinya juga, BR1M akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit dengan nilai bantuan sebanyak 450 ringgit. Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah."
Komen:

- Secara keseluruhan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah dinaikkan iaitu:
- Isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah: RM500 naik kepada RM650
- Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas: RM250 naik kepada RM300
- Isi rumah berpendapatan RM3,000-RM4,000: pemberian sebanyak RM450
- Duit siapa tak nak kan? Memang bagus tapi Kerajaan kena cari cara terbaik untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Maybe BR1M ini bukannya cara penyelesaian yang menyeluruh
Bajet 2014: GST Bermula 1 April 2015 dengan Kadar 6%
"GST akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015, iaitu kira-kira 17 bulan dari sekarang. Kadar GST yang ditetapkan adalah hanya sebanyak enam peratus berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus."
Barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan GST:

- Barangan makanan asas antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu sekalipun belacan
- Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik
- Perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah
- Perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan
- Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih
- Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima isi rumah BR1M
- Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan 1%-3% untuk semua pembayar cukai
- Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000. Kadar cukai maksimum kini 26% pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25%
- Untuk jangka masa panjang saya bersetuju dengan pelaksanaan GST kerana ianya dibuat bersama dengan pengurangan cukai pendapatan
- Diharap pendapatan negara yang didapati daripada GST dapat disalurkan kepada golongan sasar yang memerlukan
- Kenaikan GST di masa hadapan mungkin berlaku dan kajian yang mendalam perlu dilakukan bagi mengelakkan bebanan kepada rakyat
Friday, October 25, 2013
Bajet 2014: Bayaran Bonus dan Bantuan Kewangan bagi Penjawat Awam dan Pesara
"Pada
bulan Ogos lalu, sebelum menjelangnya hari Lebaran Aidil Fitri, bayaran bantuan
khas kewangan sebanyak 500 ringgit dan 250 ringgit, masing-masing telah dibayar
kepada penjawat awam dan pesara.
Hari ini
pula, sukacita saya mengumumkan, untuk meringankan lagi beban golongan pesara,
Kerajaan akan memberi bayaran khas kewangan sebanyak 250 ringgit.
Kepada
para penjawat awam janganlah bimbang, apa yang ditunggu sudah pun tiba. Saya
dengan ini mengumumkan bonus sebanyak setengah bulan gaji bagi tahun 2013,
dengan bayaran minimum 500 ringgit. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini
akan dibayar pada awal bulan Januari 2014."
Komen:
- Baguslah pemberian bonus setengah bulan or minima RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara bagi menghargai mereka yang telah menjalankan tanggungjawab.
- Bayaran dibuat awal Januari 2014? Patutnya bagi le awal sedikit. Ianya dapat meringankan bebanan mak ayah untuk anak-anak yang masih bersekolah.
- Gunalah pemberian bonus dengan sebaik yang mungkin.
Ringkasan Bajet 2014
Updata: Ringkasan Bajet 2015
Sebentar lagi pada pukul 4.00 petang, pembentangan bajet 2014 akan diadakan. Jika tidak ada apa-apa masalah saya akan update ringkasan bajet 2014.
Ringkasan Bajet 2014 adalah seperti berikut:

- Fisikal defisit dijangka dikurangkan kepada 3.5% daripada GDP pada tahun 2014 berbanding 4.0% tahun 2013
- Menaiktaraf beberapa lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu, Mukah dan terminal penumpang di Kuantan dan Langkawi
- Dana pinjaman siswazah sebanyak RM50 juta bagi menceburi bidang usahawan boleh membuat pinjaman sehingga RM500,000 dengan kadar faedah 4% dengan SME Bank
- Bagi Skim Persaraan 1Malaysia, Kerajaan akan mencarum 10% berbanding dengan 5% sebelum ini dan jumlah maksimum dinaikkan kepada RM120 daripada RM60 sebelum ini setahun
- Pemberian sekali sahaja kepada pencarum Skim Persaraan Swasta (PRS) yang berumur 20-30 tahun berjumlah RM500
- Skim Usahawan Pasar Malan dikendalikan oleh BSN dengan dana sebanyak RM100 juta diberi kepada peniaga pasar malam dengan pinjaman maksimum RM30,000 dengan kadar faedah sebanyak 4%
- Bagi pembayar cukai yang membayar cukai melalui potongan cukai berjadual (PCB) tidak perlu mengemukakan borang cukai jika kita mengganggap PCB tu adalah jumlah cukai yang perlu kita bayar
- Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dimansuh. Ianya akan dilaksanakan pada 1 April 2015 dan kadar GST adalah 6%.
- Bayaran secara one-off diberi sebanyak RM300 kepada isi rumah penerima BR1M setelah GST dilaksanakan
- Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan kepada 24% daripada 25%
- Subsidi gula dimansuhkan iaitu 34 sen sekilo bermula 26 Oktober 2013
- BR1M dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 (gaji isi rumah bawah RM3,000) dan individu bujang daripada RM250 kepada RM300(gaji di bawah RM2,000) manakala yang isi rumah di antara RM3,000-RM4,000, BR1M sebanyak RM450 diberi
- Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 pada tahun 2013 bagi yang berpendapatan RM8,000 ke bawah. Ini boleh memberi penjimatan cukai sehingga RM480
- Bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah diteruskan sebanyak RM100
- Baucar buku sebanyak RM250 diteruskan kepada pelajar pra-uni dan IPT
- Waktu kerja yang lebih fleksibel kepada kaum wanita untuk memberi kelonggaran tempoh, tempat dan waktu berada di tempar kerja
- Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) dinaikkan kepada 30% jika dilupuskan dalam masa 3 tahun, 20% (4 tahun) dan 15% (5 tahun)
- Menyediakan kemudahan park and ride di stesen LRT, KTM Komuter dan ERL
- Pendapatan isi rumah bulanan penjawat awan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi melayakkan mereka mendapat subsidi yuran taska sektor awam sebanyak RM180 sebulan
- Untuk orang kelainan upaya (OKU) sebanyak RM441 juta diperuntukan bagi pembangunan dan kebajikan golongan ini
- Bonus untuk kakitangan awam sebanyak setengah bulan gaji atau minima RM500 dan kepada pesara sebanyak RM25. Ianya dibayar bulan Januari 2014
Siaran Langsung Bajet 2014
Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen hari ini pada pukul 4.00 petang. Mengikut website di Kementerian Pertahanan, siaran langsung perbentangan Bajet 2014 ini boleh ditonton melalui RTM, TV3, NTV&, ASTRO, TV AL Hijrah dan BERNAMA.
Kalau kat internet boleh dilayari secara langsung melalui Portal Bajet 2014, www.treasury.gov.my.
- Mobile Web - www.treasury.gov.my/bajetmobile
- Pautan RSS - www.treasury.gov.my
- Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:
- Kastam Di Raja Malaysia - www.customs.gov.my
- Bank Negara Malaysia - www.bnm.gov.my
- Suruhanjaya Sekuriti - www.sc.com.my
- Lembaga Hasil Dalam Negeri - www.hasil.gov.my
Monday, October 21, 2013
Murah Gak Spaghetti di Humble Chef Bukit Damansara
Weekend baru-baru ini kami sekeluarga pi terjah makan di Bukit Damansara. Apa lagi kalau tak restoran Humble Chef. Ianya terletak di 54-G, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, KL. Nak tahu lebih lanjut boleh call Rosman (014-229 6854).
Humble Chef ni pernah direview di dalam TimeOut. Opening hours adalah kul 12pm-3pm dan 6.30pm-11.30pm hari Isnin hingga Jumaat manakala hari Sabtu adalah 6.30pm-11.30pm. Ingat ya hari Ahad memang tutup.
Ni le menu yang ada kat sini, spaghetti, laksa, pita dan omelet.
Memang sempoi aja restoran. Jom kita tengok minuman yang ada kat sini. Air kotak, mineral dan kalau yang dalam gelas ada iced lemon tea ngan peach. So kalau rasa nak minum air fresh orange ke, tembikai ke or teh o memang tak dijual di sini ya.
Hiasan kat dalam memang menarik. Tak banyak sangat tempat duduk dalam ni, kalau tak silap lebih kurang 50-60. So kena datang awal le, satu lagi parking kat area dalam kekadang penuh, so kenalah cari kat tepi jalan ya.
Then bila dah makan tu tak payah le sembang lama-lama, bagi chance orang lain pula ya. Jom kita tengok makanan apa yang kitaorang makan kat sini.
Laksa goreng memang menjadi pilihan saya. Memang sedap sangat walaupun ianya sedikit pedas. Nampak macam biasa aja tapi percayalah ianya memberi satu kelainan kepada kita dalam segi pengalaman makan. Pada harga RM6 ianya boleh dikatakan sangat berbaloi.
Ada ayam, beef dan juga seafood, pilihlah yang mana kita suka. Saya memilih yang daging dan of course ianya tidak mengecewakan. Dari segi rating saya bagi 8.4 out of 10.
Yang ni adalah Aglio e Olio. Harganya adalah RM5 untuk satu pinggan. Memang kat mana lagi kita boleh cari spaghetti yang berharga macam ni. Hidangannya simple dan portionnya just nice, kalau tak cukup bolehlah order 2 pinggan ya.
Yang ni adalah ayam. Ayamnya diserat-serat (apa le perkataan yang nak digunakan). Tak basah sangat dan tak kering sangat. Boleh dikatakan ianya perfect. Memang sedap dimakan dan terasa nak lagi. Rating untuk ni saya bagi 7.9 out of 10.
Yang ni pula spaghetti yang biasa kita makan iaitu Bolognese. Of course ianya ayam juga. Rasanya biasa aja. Tak banyak yang saya nak gambarkan tapi ok le. Rating saya bagi 7.5 out of 10. Harga pun RM5.
Omelette chicken ni harganya hanya RM2.50. Kalau tak nak yang chicken boleh cuba beef or lamb. Ianya sesuai dimakan dengan spaghetti sebagai tambahan. Penuh dengan ayam dan juga berkeju. Memang sedap dan lazat. Ni saya bagi 7.8 out of 10.
Yang ni pula pita chicken. Hmmmm memang sungguh simple dan tak terasa sangat ayamnya, yang saya rasa adalah keju. Pelik juga. Anyway harga makanan ni adalah RM4. Rating saya bagi 7.4 out of 10.
Brownies ni @RM6 memang sungguh sedap dengan aiskrimnya yang lembut dan juga brownies yang tak begitu keras. Ianya ranggup dan apabila dimakan bersama dengan aiskrim dan cecair coklat Hershey ni memang sedap. Teramat sedap. Yang ni I do not mind to give 8.9 out of 10.
Jumlah makan kat sini adalah RM35. By the way, untuk my son kitaorang beli pizza kat Dominos yang mana terletak beberapa kedai tak jauh dari sini.
Secara keseluruhan tempat ni memang OK jika kita tengok dari segi harganya. Of course tak boleh expect lebih-lebih. Maklumlah harga spaghetti kat sini RM5 so OK le. Tapi yang saya suka kat sini adalah laksa goreng dan juga brownies. Memang kena dengan selera saya.
Boleh juga baca review oleh Nikel Khor.

Sunday, October 20, 2013
Sedap Juga Rojak dan Cendol di Tepi Jalan Setiawangsa
Tadi selepas balik from Saba Restaurant, kitaorang singgah jap di tepi jalan Setiawangsa. Actually tempat makan cendol dan rojak ni dah banyak kali kami lalui tapi ni le first time dapat singgah. By the way, ianya sebuah lori yang mana dikendalikan oleh Buhari Nafis Catering (BNC).
Actually susah juga nak parking kat sini so hati-hati le ya, sebab ianya di tepi jalan, so bagi signal awal-awal.
Rojak biasa ni @RM3.00 ni boleh tahan juga rasanya dengan kepedasan dan kepekatan kuahnya membuatkan kita rasa sedap aja makan rojak ni. Saya bagi rating 7.6 out of 10 untuk rojak ni.
Cendol jagung ni boleh tahan juga rasanya membuatkan kita rasa nak makan lagi. Walaupun aisnya tak begitu halus tapi ianya boleh le especially keadaan cuaca sekarang yang panas. Pada harga RM2.50 ni ianya berbaloi untuk dicuba. So saya bagi rating 7.5 out of 10.
Yang ni ABC biasa yang diletak dalam gelas plastik, so kalau tak habis bolehlah bawa balik ya. Memang simple tapi cukuplah untuk kita menghilangkan dahaga. Jagungnya banyak juga. Yang ni saya bagi rating 7.7 out of 10. So secara keseluruhan bolehlah singgah kat sini ya kalau terasa nak makan rojak atau cendol or ABC. Selamat mencuba. Anyway boleh baca entri blogger Falsya mengenai pengalaman makan kat sini.

Saturday, October 19, 2013
Dah Beli Brake Pad @Bendix Metal King
Baru-baru ini saya tengah fikir nak beli bkae pad jenis apa untuk ditukar memandangkan yang sedia ada dah nipis. Masa tu plan nak beli jenama Bendix Genaral CT. Cari punya cari ada le satu tempat ni yang menjual alat ganti kereta. Kedai tu namanya AAS Auto Parts Sdn Bhd.
Ianya tak juah dari Ampang Point. Kat Jalan Mamanda 4. Nak tahu lebih lanjut boleh call 4256 0885.
So saya ambil le yang model up sikit banding dengan General CT. Yang ni adalah Metal King Titanium. Harganya adalah RM98.
Kat luar kotak tu RM200 diaorang letak. Entah apa-apa kan. Sebelum ni ada survey juga kat bengkel diaorang cakap siap pasang, diaorang charge RM180 so itu termasuk dengan upah pasang sebanyak RM20. Kalau dikira maknanya brake pad tu diaorang charge RM160. Mahalnya jika dibandingkan dengan RM98 yang boleh kita dapat from kedai alat ganti tu.
Actually kedai alat ganti tu cakap RM105 then saya cakap apasal pulak, sebelum ni bila call cakap RM95 aja, last-last kitaorang agree untuk RM98.
Ni le rupa brake pad Bendix Metal King. By the way, saya beli ni untuk depan punya, kalau kat belakang murah sikit. Ada 4 ketul actually, dua sebelah kanan dan dua sebelah kiri.
Ni le resitnya. So kesimpulan, memang murah beli alat ganti then bawa benda alah tu kat bengkel, suruh diaorang pasang. Jimat le sikit banding dengan tukar terus kat bengkel. By the way kedai AAS Auto Parts ni saya dapat from pejabat Bosch Malaysia. So tak ada le was-was tentang ketulenan alat ganti kat sini.

Friday, October 18, 2013
Tambah Pelaburan Emas KFH
Baru-baru ini saya meningkatkan pegangan emas KFH memandangkan kebelakangan ini harga emas di pasaran dunia dan juga tempatan mengalami penurunan yang banyak. So saya tambahlah 5 gram emas KFH. So harga yang saya beli adalah RM135.40.
Anyway semasa saya tulis entri ini pada pukul 9 malam, 17 Oktober 2013 harga emas di pasaran niaga hadapan (futures) luar negara bagi bulan Disember 2013 adalah sebanyak USD1,314 untuk satu aun, iaitu peningkatan sebanyak 2.47%.

Thursday, October 17, 2013
Dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) 3.25%: September 2013
Bagi tempoh 6 bulan berakhir 30 September 2013, dividen sebanyak 3.25% telah diumumkan pada hari ini, 17 Oktober 2013 bagi pelabur Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Begitulah berita oleh BERNAMA. So dividen ini akan dibayar ke dalam akaun Maybank pelabur-pelabur pada esok hari, 18 Oktober 2013.
Opppsss, tungguuuu... Actually dividen sudah pun dikreditkan di dalam akaun Maybank pada hari ini. So jangan lupa check le balance kat akaun Maybank untuk menentukan jumlah dividen AHB. Yang bagusnya kali ini ada AHB bonus. So jumlah keseluruhan bagi 6 bulan adalah 4.25% bagi mereka yang masuk sejak pembukaan AHB pada 2010. So bagi satu tahun 2013 ialah 7.5% memandangkan bulan April lepas telah diberi dividen sebanyak 3.25%.
So far sejak AHB ni ada di pasaran, boleh dikatakan dividen sebanyak 3.25% telah diumumkan setiap 6 bulan. So kalau secara mudahnya jumlah dividen adalah sebanyak 6.5% setahun dan yang penting ianya berlandaskan syariah dan zakat telah dibayar. So melaburlah tanpa was-was.

Wednesday, October 16, 2013
Brake Pad Apa Yang Bagus? Bendix?
Brake pad ni sangat penting untuk kereta. Kalau apabila kita brake then ada bunyi yang membuatkan telinga kita rasa sakit tu maknanya memang kena tukar le. By the way, ada orang cakap brake pad jenama Bendix ni bagus.
Tak sure le since saya tak pernah guna jenama ini, so far guna yang jenama Mintye or Bosch. Rasanya kali ni nak cuba Bendix pula, ada sesiapa yang pernah guna jenama Bendix tak or maybe boleh sarankan jenama yang kiranya OK dan jangan lupa share sekali berapa harga nak tukar brake pad ni.
Jom tengok jenis-jenis brake pad Bendix.

Acer Iconia Cepat Aja Baiki
Setelah lebih kurang 6 bulan beli tablet Acer Iconia, ianya buat hal, tak boleh nak charge so tak dapat le nak guna tablet ni. So apa lagi kenalah pi repair.
So lebih kurang 2 minggu yang lepas kitaorang pi le hantar untuk service di Plaza Low Yat. Memang senang aja kat sini, lepas ambil nombor then dapat layanan daripada service operator. Then cakap kat dia ada problem ngan tablet tu.
Then dia cakap dalam masa 7 hari akan siap le benda alah ni. Yang bagusnya, service centre ni terus update melalui sms perkembangan terkini mengenai service table ni.
So dalam masa 4 hari hantar sms cakap dah ready untuk collection. Memang sungguh cepat. Then bagi masa 1 minggu untuk ambil Iconia ni kalau tidak ianya akan dilupuskan.
Bila ambil minggu lepas then tanya le apa masalah ngan tablet Iconia ni, dia pun cakap masalah mainboard, OK le bagus juga since under warranty. Kalau masalah lagi dengan tablet ni, nampak gaya in the future kena cari tablet Samsung le pula.

Tuesday, October 15, 2013
Juadah Pagi Hari Raya Aidiladha
Selamat Hari Raya Aidiladha semua. By the way, tengah buat roti jala untuk juadah sebelum mengerjakan solat raya kejap lagi.
Anak-anak memang suka betul dengan roti jala.
Buat sendiri ajalah. Tak susah sangat.
Guna tepung gandum dan yang penting ada alatan yang jenis berlubang-lubang.
Makan dengan kuzi ayam memang sedap.

Monday, October 14, 2013
Sedap Juga Mixed Grill di Western Grill, Taman Dagang Ampang
Baru-baru ini kami jalan-jalan cari makan di area Ampang. cari punya cari so berhenti le kat Taman Dagang Ampang. Actually area ni kami pernah terjah masa makan di Ayam Penyek Wong Solo. So kali ini lepak-lepak di open space, banyak gerai kat sini. Saya pilih makanan di Western Grill manakala wife dan anak makan nasi goreng.
Ni le senarai harga dan makanan yang dijual di Western Grill. Jom kita tengok apa makanan pilihan saya.
Saya makan mixed grill @RM16, macam-macam ada dalam pinggan ni. Chicken, lamb, beef dan juga sausage. Memang portion banyak, nasib baik dapat habiskan semua, maklumlah lapar le juga. Kentang dia memang garing dan yang jenis kecil so memang saya suka berbanding dengan kentang yang jenis besar. Kuahnya, black pepper memang melimpah ruah.
Masak secara grill memang sedap dan ianya masak just nice. Ayamnya yang lembut dan kegaringannya menyebabkan kita tak rasa muak.
Lamb pula memang perfect walaupun kering sedikit, tapi memang saya suka. Tambah pula dengan sosnya memang membuatkan kita rasa tak bosan untuk makan.
Daging lembu ni pula memang tak tebal sangat dan macam yang sebelum tadi, ianya garing dan sedap. Sukar untuk gambarkan kenikmatan makan benda alah ni.
Last sekali, sausage ada dua, tidak berminyak dan sedap. Hmmmm semuanya sedap, oleh itu saya bagi rating 8.4 out of 10 secara keseluruhannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)