Pages

Saturday, October 26, 2013

Bajet 2014: GST Bermula 1 April 2015 dengan Kadar 6%

"GST akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015, iaitu kira-kira 17 bulan dari sekarang. Kadar GST yang ditetapkan adalah hanya sebanyak enam peratus berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus."

Barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan GST:
  • Barangan makanan asas antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu sekalipun belacan
  • Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik
  • Perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah
  • Perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan
  • Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih
Apabila GST dilaksanakan kelak, Kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihannya seperti berikut:
  • Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima isi rumah BR1M
  • Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan 1%-3% untuk semua pembayar cukai
  • Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000. Kadar cukai maksimum kini 26% pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25%
 Komen:
  • Untuk jangka masa panjang saya bersetuju dengan pelaksanaan GST kerana ianya dibuat bersama dengan pengurangan cukai pendapatan
  • Diharap pendapatan negara yang didapati daripada GST dapat disalurkan kepada golongan sasar yang memerlukan
  • Kenaikan GST di masa hadapan mungkin berlaku dan kajian yang mendalam perlu dilakukan bagi mengelakkan bebanan kepada rakyat

1 comment:

Unknown said...

GST adalah salah satu cara untuk mengurangkan defisit negara....