Pages

Sunday, October 13, 2013

Memang Sedap Garrett Popcorn di One Utama

Semalam kitaorang pi ke One Utama then singgah di kedai jual bertih jagung @popcorn. Bagi penggemar porpcorn sudah tentu pernah singgah di Garrett. Memang tempat ni setiap kali saya lalui memang penuh tapi semalam luckily tak ramai. Satu tempat lagi boleh beli popcorn ni adalah di KLCC.

Memang cantik juga plastic bag Garrett Popcorn ni. Jom kita tengok dengan lebih mendalam apa ada dalam beg ni ya.
Popcorn ni dibaluti oleh paper bag, kat dalam tu baru ada popcorn ya.
Oppppsss, belum lagi, ianya ada satu layer lagi macam paper ala-ala plastik bagi menjamin keranggupan popcorn tu. By the way saya beli yang bersaiz kecil, caramel crisp. Untuk small size ni harganya RM17 kalau yang medium ianya RM22. Kalau nak besar sangat boleh makan satu pejabat beli le yang 2 gallon, RM152. 
Ni le caramel crisp. Memang sedap dan ranggup, even simpan dalam bekas kedap udara, ianya masih sedap dimakan. Tapi ingat ya, benda alah ni manis sangat, so lepas tu minum air masak ya. Bak kata mamatisya, kalau nak kurangkan manis beli le yang chicago mix, ianya popcorn karamel campur popcorn cheese.  
Memang besar betul popcorn ni, tengok le ianya disaluti oleh karamel yang pekat dan of course manis.
Walaupun harganya RM17 saya berpendapat ianya berbaloi dengan kesedapan popcorn dan kesegaran serta keranggupannya. 
Pinjam ya senarai harga Garrett Popcorn ni mamatisya. Memang harga popcorn ni dah naik.
Sedikit penerangan mengenai jenis-jenis popcorn yang dijual di Garrett Popcorn. Pilihlah yang mana satu berkenan di hati, yang kacang pun lagi sedap. By the way, harga popcorn kat sini adalah serendah RM10 (small buttery or plain) sehinggalah yang paling mahal RM232 (2 gallon caramel crisp with nut).

6 comments:

Suliana said...

sy suka. sbb manis sgt mkn sikit2 blh smpn beberapa hari. tp mahal sikit harga dia kan

mama tisya said...

Skali skala bole cz manis tp mmg sedap..kalo bli yg mix..anak sy mkn yg caramek je..yg cheese die tk mkn sgt..dlu rm16..now dh naik sehengget...

hazman fadzil said...

ramai orang suka popcorn minat jenama nie... tapi menariknya ianya mudah mendapat sambutan masyarakat kita kan....

ZazaMyMoon said...

pernah try beli kat klcc haritu.. harga dia mmg kena lah dgn rasanya yang sedapss tu

Hazmin Hamudin said...

Pernah beli sebelum raya hari tu. Memang manis. Kalau tak suka manis memang tak makan pop corn ni

John Labu said...

Popcorn tu ada sijil halal jakim ke?.. nk juga rasa kalu ada sijil halal jakim.. kalu xde, waswas gak..