Pages

Saturday, October 19, 2013

Dah Beli Brake Pad @Bendix Metal King

Baru-baru ini saya tengah fikir nak beli bkae pad jenis apa untuk ditukar memandangkan yang sedia ada dah nipis. Masa tu plan nak beli jenama Bendix Genaral CT. Cari punya cari ada le satu tempat ni yang menjual alat ganti kereta. Kedai tu namanya AAS Auto Parts Sdn Bhd.
Ianya tak juah dari Ampang Point. Kat Jalan Mamanda 4. Nak tahu lebih lanjut boleh call 4256 0885.
So saya ambil le yang model up sikit banding dengan General CT. Yang ni adalah Metal King Titanium. Harganya adalah RM98. 
Kat luar kotak tu RM200 diaorang letak. Entah apa-apa kan. Sebelum ni ada survey juga kat bengkel diaorang cakap siap pasang, diaorang charge RM180 so itu termasuk dengan upah pasang sebanyak RM20. Kalau dikira maknanya brake pad tu diaorang charge RM160. Mahalnya jika dibandingkan dengan RM98 yang boleh kita dapat from kedai alat ganti tu.

Actually kedai alat ganti tu cakap RM105 then saya cakap apasal pulak, sebelum ni bila call cakap RM95 aja, last-last kitaorang agree untuk RM98.
Ni le rupa brake pad Bendix Metal King. By the way, saya beli ni untuk depan punya, kalau kat belakang murah sikit. Ada 4 ketul actually, dua sebelah kanan dan dua sebelah kiri.
Ni le resitnya. So kesimpulan, memang murah beli alat ganti then bawa benda alah tu kat bengkel, suruh diaorang pasang. Jimat le sikit banding dengan tukar terus kat bengkel. By the way kedai AAS Auto Parts ni saya dapat from pejabat Bosch Malaysia. So tak ada le was-was tentang ketulenan alat ganti kat sini.

2 comments:

RahmanZarimm said...

sume makanan lazat enak menyelerakan
Nanti saya pun pi kena cendol tu lah

kyairolzamri sariat said...

saya nak ucapkan berbanyak terima kasih atas perkongsian cerita saudara yang boleh sy jadikan panduan utk membeli brake pad.