Pages

Friday, October 25, 2013

Bajet 2014: Bayaran Bonus dan Bantuan Kewangan bagi Penjawat Awam dan Pesara




"Pada bulan Ogos lalu, sebelum menjelangnya hari Lebaran Aidil Fitri, bayaran bantuan khas kewangan sebanyak 500 ringgit dan 250 ringgit, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

Hari ini pula, sukacita saya mengumumkan, untuk meringankan lagi beban golongan pesara, Kerajaan akan memberi bayaran khas kewangan sebanyak 250 ringgit.

Kepada para penjawat awam janganlah bimbang, apa yang ditunggu sudah pun tiba. Saya dengan ini mengumumkan bonus sebanyak setengah bulan gaji bagi tahun 2013, dengan bayaran minimum 500 ringgit. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal bulan Januari 2014."

Komen:
  • Baguslah pemberian bonus setengah bulan or minima RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara bagi menghargai mereka yang telah menjalankan tanggungjawab.
  • Bayaran dibuat awal Januari 2014? Patutnya bagi le awal sedikit. Ianya dapat meringankan bebanan mak ayah untuk anak-anak yang masih bersekolah.
  • Gunalah pemberian bonus dengan sebaik yang mungkin.

1 comment:

Mak lagenda said...

kalo dpt awal or pertengahan disember, boleh la parent buat persiapan awal anak2 nak sekolah kan..