Pages

Friday, October 25, 2013

Ringkasan Bajet 2014

Ringkasan Bajet 2014
 Updata: Ringkasan Bajet 2015

Sebentar lagi pada pukul 4.00 petang, pembentangan bajet 2014 akan diadakan. Jika tidak ada apa-apa masalah saya akan update ringkasan bajet 2014.

Ringkasan Bajet 2014 adalah seperti berikut:
  • Fisikal defisit dijangka dikurangkan kepada 3.5% daripada GDP pada tahun 2014 berbanding 4.0% tahun 2013
  • Menaiktaraf beberapa lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu, Mukah dan terminal penumpang di Kuantan dan Langkawi 
  • Dana pinjaman siswazah sebanyak RM50 juta bagi menceburi bidang usahawan boleh membuat pinjaman sehingga RM500,000 dengan kadar faedah 4% dengan SME Bank
  • Bagi Skim Persaraan 1Malaysia, Kerajaan akan mencarum 10% berbanding dengan 5% sebelum ini dan jumlah maksimum dinaikkan kepada RM120 daripada RM60 sebelum ini setahun
  • Pemberian sekali sahaja kepada pencarum Skim Persaraan Swasta (PRS) yang berumur 20-30 tahun berjumlah RM500
  • Skim Usahawan Pasar Malan dikendalikan oleh BSN dengan dana sebanyak RM100 juta diberi kepada peniaga pasar malam dengan pinjaman maksimum RM30,000 dengan kadar faedah sebanyak 4% 
  • Bagi pembayar cukai yang membayar cukai melalui potongan cukai berjadual (PCB) tidak perlu mengemukakan borang cukai jika kita mengganggap PCB tu adalah jumlah cukai yang perlu kita bayar  
  • Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dimansuh. Ianya akan dilaksanakan pada 1 April 2015 dan kadar GST adalah 6%.
  • Bayaran secara one-off diberi sebanyak RM300 kepada isi rumah penerima BR1M setelah GST dilaksanakan
  • Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan kepada 24% daripada 25% 
  • Subsidi gula dimansuhkan iaitu 34 sen sekilo bermula 26 Oktober 2013
  • BR1M dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 (gaji isi rumah bawah RM3,000) dan individu bujang daripada RM250 kepada RM300(gaji di bawah RM2,000) manakala yang isi rumah di antara RM3,000-RM4,000, BR1M sebanyak RM450 diberi
  • Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 pada tahun 2013 bagi yang berpendapatan RM8,000 ke bawah. Ini boleh memberi penjimatan cukai sehingga RM480 
  • Bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah diteruskan sebanyak RM100 
  • Baucar buku sebanyak RM250 diteruskan kepada pelajar pra-uni dan IPT 
  • Waktu kerja yang lebih fleksibel kepada kaum wanita untuk memberi kelonggaran tempoh, tempat dan waktu berada di tempar kerja 
  • Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) dinaikkan kepada 30% jika dilupuskan dalam masa 3 tahun, 20% (4 tahun) dan 15% (5 tahun)
  • Menyediakan kemudahan park and ride di stesen LRT, KTM Komuter dan ERL 
  • Pendapatan isi rumah bulanan penjawat awan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi melayakkan mereka mendapat subsidi yuran taska sektor awam sebanyak RM180 sebulan 
  • Untuk orang kelainan upaya (OKU) sebanyak RM441 juta diperuntukan bagi pembangunan dan kebajikan golongan ini
  • Bonus untuk kakitangan awam sebanyak setengah bulan gaji atau minima RM500 dan kepada pesara sebanyak RM25. Ianya dibayar bulan Januari 2014
Begitulah serba sedikit mengenai ringkasan bajet 2013. Nanti saya akan buat ulasan.

No comments: