Pages

Monday, October 21, 2013

Murah Gak Spaghetti di Humble Chef Bukit Damansara

Weekend baru-baru ini kami sekeluarga pi terjah makan di Bukit Damansara. Apa lagi kalau tak restoran Humble Chef. Ianya terletak di 54-G, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, KL. Nak tahu lebih lanjut boleh call Rosman (014-229 6854). 
Humble Chef ni pernah direview di dalam TimeOut. Opening hours adalah kul 12pm-3pm dan 6.30pm-11.30pm hari Isnin hingga Jumaat manakala hari Sabtu adalah 6.30pm-11.30pm. Ingat ya hari Ahad memang tutup.
Ni le menu yang ada kat sini, spaghetti, laksa, pita dan omelet.
Memang sempoi aja restoran. Jom kita tengok minuman yang ada kat sini. Air kotak, mineral dan kalau yang dalam gelas ada iced lemon tea ngan peach. So kalau rasa nak minum air fresh orange ke, tembikai ke or teh o memang tak dijual di sini ya.
Hiasan kat dalam memang menarik. Tak banyak sangat tempat duduk dalam ni, kalau tak silap lebih kurang 50-60. So kena datang awal le, satu lagi parking kat area dalam kekadang penuh, so kenalah cari kat tepi jalan ya.

Then bila dah makan tu tak payah le sembang lama-lama, bagi chance orang lain pula ya. Jom kita tengok makanan apa yang kitaorang makan kat sini.
Laksa goreng memang menjadi pilihan saya. Memang sedap sangat walaupun ianya sedikit pedas. Nampak macam biasa aja tapi percayalah ianya memberi satu kelainan kepada kita dalam segi pengalaman makan. Pada harga RM6 ianya boleh dikatakan sangat berbaloi. 

Ada ayam, beef dan juga seafood, pilihlah yang mana kita suka. Saya memilih yang daging dan of course ianya tidak mengecewakan. Dari segi rating saya bagi 8.4 out of 10.
Yang ni adalah Aglio e Olio. Harganya adalah RM5 untuk satu pinggan. Memang kat mana lagi kita boleh cari spaghetti yang berharga macam ni. Hidangannya simple dan portionnya just nice, kalau tak cukup bolehlah order 2 pinggan ya.

Yang ni adalah ayam. Ayamnya diserat-serat (apa le perkataan yang nak digunakan). Tak basah sangat dan tak kering sangat. Boleh dikatakan ianya perfect. Memang sedap dimakan dan terasa nak lagi. Rating untuk ni saya bagi 7.9 out of 10.
Yang ni pula spaghetti yang biasa kita makan iaitu Bolognese. Of course ianya ayam juga. Rasanya biasa aja. Tak banyak yang saya nak gambarkan tapi ok le. Rating saya bagi 7.5 out of 10. Harga pun RM5.
Omelette chicken ni harganya hanya RM2.50. Kalau tak nak yang chicken boleh cuba beef or lamb. Ianya sesuai dimakan dengan spaghetti sebagai tambahan. Penuh dengan ayam dan juga berkeju. Memang sedap dan lazat. Ni saya bagi 7.8 out of 10.
Yang ni pula pita chicken. Hmmmm memang sungguh simple dan tak terasa sangat ayamnya, yang saya rasa adalah keju. Pelik juga. Anyway harga makanan ni adalah RM4. Rating saya bagi 7.4 out of 10. 
Brownies ni @RM6 memang sungguh sedap dengan aiskrimnya yang lembut dan juga brownies yang tak begitu keras. Ianya ranggup dan apabila dimakan bersama dengan aiskrim dan cecair coklat Hershey ni memang sedap. Teramat sedap. Yang ni I do not mind to give 8.9 out of 10.
Jumlah makan kat sini adalah RM35. By the way, untuk my son kitaorang beli pizza kat Dominos yang mana terletak beberapa kedai tak jauh dari sini.

Secara keseluruhan tempat ni memang OK jika kita tengok dari segi harganya. Of course tak boleh expect lebih-lebih. Maklumlah harga spaghetti kat sini RM5 so OK le. Tapi yang saya suka kat sini adalah laksa goreng dan juga brownies. Memang kena dengan selera saya.

Boleh juga baca review oleh Nikel Khor.

7 comments:

ZazaMyMoon said...

Dah bnyk review pasal humble chef ni.. haritu lalu tapi tak singgah sebab penuh so malas.. harga not bad, murah jg ye.. btw thx for sharing =)

mama tisya said...

laksa goreng 1st time dgr...dessert tu nmpk sedap

hazman fadzil said...

sempoi gak nie... tapi bila dah masuk timeout tu kira bagus laaa

Nur Fauzi Bassar said...

dengan harge sebegitu, memang tak hairan kalau ramai pelanggan yang datang.
mana nak dapat harga makanan di kawasan 'orang kaye' itu. dulu selalu naik motor lalu kawasan tu tak pernah mimpi pun berhenti makan.

Mak lagenda said...

Laksa goreng?? mmg 1 kelainan tu..dgn harganya yg murah, mmg mnjd 1 tarikan extra lg tu!

Sedap dan murah..

Nik Azidah said...

murah dan nampak menarik...boleh cuba ni...

Mama Darwiish said...

cam nak try je