Pages

Monday, October 14, 2013

Sedap Juga Mixed Grill di Western Grill, Taman Dagang Ampang

Baru-baru ini kami jalan-jalan cari makan di area Ampang. cari punya cari so berhenti le kat Taman Dagang Ampang. Actually area ni kami pernah terjah masa makan di Ayam Penyek Wong Solo. So kali ini lepak-lepak di open space, banyak gerai kat sini. Saya pilih makanan di Western Grill manakala wife dan anak makan nasi goreng.
Ni le senarai harga dan makanan yang dijual di Western Grill. Jom kita tengok apa makanan pilihan saya.
Saya makan mixed grill @RM16, macam-macam ada dalam pinggan ni. Chicken, lamb, beef dan juga sausage. Memang portion banyak, nasib baik dapat habiskan semua, maklumlah lapar le juga. Kentang dia memang garing dan yang jenis kecil so memang saya suka berbanding dengan kentang yang jenis besar. Kuahnya, black pepper memang melimpah ruah. 
Masak secara grill memang sedap dan ianya masak just nice. Ayamnya yang lembut dan kegaringannya menyebabkan kita tak rasa muak. 
Lamb pula memang perfect walaupun kering sedikit, tapi memang saya suka. Tambah pula dengan sosnya memang membuatkan kita rasa tak bosan untuk makan.  
Daging lembu ni pula memang tak tebal sangat dan macam yang sebelum tadi, ianya garing dan sedap. Sukar untuk gambarkan kenikmatan makan benda alah ni. 
Last sekali, sausage ada dua, tidak berminyak dan sedap. Hmmmm semuanya sedap, oleh itu saya bagi rating 8.4 out of 10 secara keseluruhannya.

6 comments:

mama tisya said...

pg2 tgk menu western lprrr

My Little Diary said...

wow!!!
sedapnya....sy memang suka western ni

Hazmin Hamudin said...

Tinggi jugak rating yang bro bagi. Mesti sedap ni.

Unknown said...

taman dagang nie macam FOOD COURT kan.... kalau tak silap ada burger bakar abang burn ... HQ diorang laa

Sharinginfoz said...

Boleh tahan rasanya dan harga berpatutan

Sharinginfoz said...

Memang kat food court open space tak jauh dari abg burn