Pages

Monday, October 7, 2013

Dapat Power Bank Percuma @UTOO

Bagi pengguna handphone, jangka bateri boleh bertahan adalah sangat penting bagi menjamin komunikasi berterusan. Tetapi kalau bateri dah nak habis, so bolehlah guna powerbank.
Itulah trend sekarang yang mana ramai yang mengguna power bank. Produk terkini di pasaran adalah power bank UTOO. Produk UTOO ni ada beberapa model from S1 hingga le S5.
By the way, power bank yang saya nak share kat sini adalah model S2 yang mana saya dapat secara percuma semasa event Nuffnang Food Fest yang berlangsung di Sunway Pyramid hari minggu yang lepas. Not bad juga power bank ni.
Di samping pengecas mudah alih yang nipis, ianya sangkat ringkas dan mempunyai 2 bahagian penyambung. yang sebelah kanan adalah digunakan untuk mengecas telefon yang kita ingin dicas manakala yang sebelah kiri (yang mana saya masukkan USB) tu adalah digunakan untuk mengecas UTOO S2 power bank.
Manakala kat bawah di bahagian depan ada 4 indikator lampu bagi menunjukkan paras tenaga.
Harga untuk model S2 adalah RM59 dan ada dua warna. Ingat ya pengecas mudah alih ini tidak dibekalkan kabel penyambung. Tapi jangan kabel USB handphone biasa boleh digunakan untuk tujuan mengecas power bank. Lupa nak cakap yang mana power untuk benda alah ni adalah 3000 mAh.

Bagi saya yang menggunakan Ace Plus, dengan UTOO S2 ni bolehlah dicas sebanyak 2 kali memandangkan bateri Ace Plus ni adalah 1300 mAh. Untuk emergency cukuplah.

Nanti in the future, boleh beli power bank yang berkapasiti tinggi, maybe at least 10000 mAh ke.
Yang S3 pula ianya berharga RM79 dan kapasiti power bank ini adalah 5000 mAh.
Secara ringkasnya setiap LED tu menunjukkan 25% daripada kuasa bateri tersebut. Apabila LED pertama tu berkelip-kelip, itu menandakan yang power bank tersebut mempunyai kuasa kurang daripada 5% dan ianya perlu dicas.

Semasa kita cas, LED itu akan bergerak-gerak dan apabila dah cas sepenuhnya semua LED akan bernyala. So tu le sedikit sebanyak mengenai power bank UTOO.

8 comments:

ayunidati said...

alooo... percuma nak jugak...

Eliss said...

percuma laju jer tengok :p hr tu ms beli hp ingat nak beli tp tgh survey2 lagai. lepas ni boleh usha jenama ni lak.

Zaza Abdul Latif said...

ohh lupa nak pergi event nuff smlm kat sunway pyramid hahaha...
dengar cerita bnyk food ye kat sana..
bagus ye sambil dpt attend event & makan free dpt jg powerbank free.

La ni banyak sangat dah powerbank dijual.. yg chap ayam pun ada.. hehe

HeNRieTTa JoSe said...

Bestnye dapat power bank...rietta pown ada bercadang nk bli power bank...yg bleh guna utk phone, tablet dan camera...senang nk travel....

! Arjunakirana ! said...

Baru je nak ushar2... bagus laaaa... nak pegi beli la jap lagi gagagag :)

Unknown said...

hurmm.... ada gak citer pasal powerbank tu...kalau tak silap untuk handphone yang memang nak KONG je kan

penaberkala said...

samalah bro, ada dapat jugak satu aritu
memang puas hati guna, nipis dan mudah dibawa

CARILAH KEREDHAAN ALLAH said...

aku dah beli 10,000mah punya.. ok untuk note 2.. boleh cas 3 kali full.. kali ke 4. 50%.. so kira 3 kali dan setengah.. huhu. waranty stahun..