Pages

Friday, October 4, 2013

Bursa Lancar Kontrak Hadapan Emas (Gold Futures Contract @FGLD)

Bermula Isnin depan (7 Oktober 2013), pemain pasaran boleh membuat urusniaga berkaitan dengan kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives. Ianya sesuai untuk tujuan lindung nilai (hedging) ataupun spekulasi (mengenai harga turun dan naik emas).

By the way, saya ingin mengingatkan bahawa apabila kita masuk pasaran hadapan ni, risikonya lebih tinggi berbanding dengan pasaran saham memandangkan perlu pengetahuan yang mendalam mengenai harga emas dan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan harga emas dan yang paling penting mengenai pasaran hadapan.

Sebagai mudahnya, kalau kita jangka harga emas naik, kita akan memasuki kontrak belian manakala jika kita jangka harga emas turun pada masa hadapan kita akan memasuki kontrak jualan.

Jom kita tengok lebih lanjut mengenai kontrak hadapan emas @FGLD dan serba sedikit mengenai kontrak ni:
  • Urusniaga ni tidak melibatkan emas fizikal,so ianya adalah penyelesaian tunai (cash settlement)
  • Transaksi adalah di dalam ringgit
  • Saiz kontrak adalah 100 gram, mengikut harga dan pertukaran asing semasa, satu kontrak adalah RM12,875
  • Margin di antara 5% hingga 10% diperlukan untuk membuat transaksi. Maknanya kalau nak beli satu kontrak yang berharga RM12,875, kita perlu ada wang di dalam akaun margin sebanyak RM1,287.50
Spesifikasi kontrak hadapan emas.

I think cukuplah secara ringkas mengenai kontrak hadapan emas FLGD. By the way, transaksi yang melibatkan futures ni setahu saya adalah tidak berlandaskan syariah so faham-faham ajalah ya.

2 comments:

Mak lagenda said...

kontrak hadapan emas bermakna kita membeli emas tanpa dpt emas fizikal kan??


Hurmmm..sudah terang lg jelas hukumnya tuh!

kak ina kl said...

ishhhh tak berani nak beli camni..takut aaa baik beli sikit-sikit..lama-lama jadi bukit