Pages

Saturday, July 13, 2013

Pagi-Pagi ke Pasar Tani Taman Melawati

Pagi tadi pi le ke Pasar Tani Taman Melawati cari barang-barang dapur untuk juadah berbuka hari ni. 
Beli le lebih kurang setengah kilo udang besar @RM60 sekilo. Ada le 10 ekor. Tak tahu lagi nak masak apa le udang ni.
Ni kepah masak merah pun sedap juga ni. Benda alah ni kalau tak silap RM6 untuk sekilo. Cukuplah beli 1 kg.
Tambah sikit dengan udang bersaiz sederhana besar @RM30 sekilo. Belilah RM10. Masak butter ok juga udang ni.
Ayam seekor. Sekarang ni mahal betul ayam, kalau tak silap RM8.80 sekilo. Tak beli ikan since, plan nak beli ikan bakar kat Taman Melawati nanti.
Nak buat apa ya serai ngan daun kari ni. Maybe bila masak butter, bolehlah guna daun kari.
Bawang besar mesti ada kan.
Antara sayur-sayuran yang dirembat pagi ni.




Beli le dulu santan, manalah tahu nanti nak guna santan. OKlah semua, selamat menjalani ibadat puasa dan lain-lain sempena Ramadhan ni.

3 comments:

Unknown said...

tu diaaa... mesti menu lauk yang menarik nie nanti kan....

Kopiolimauice said...

mahainya udang besar tu?? kt tmpt sy bru RM 30.00/kg mybe kt kg murah skit kot ;)

✿INA AINAA✿ said...

makan besar berbuka nanti... nak buat tomyam ke?? hehehehehe