Pages

Wednesday, July 10, 2013

Rakyat Malaysia Suka Memiliki Tunai Banding Melabur

Rakyat Malaysia didapati suka memiliki tunai berbanding dengan instrumen lain. Mengikut kaji selidik oleh Manulife, tunai adalah meliputi 52% daripada aset rakyat Malaysia. Ianya adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan negara-negara serantau, iaitu 14% lebih tinggi.

Salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia suka "memegang" tunai adalah disebabkan oleh kurang keyakinan melabur dalam aset lain ataupun tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi.

Satu lagi jika rakyat Malaysia bercadang untuk melabur tempat lain, separuh daripada mereka menyatakan bahawa pendapatan yang tetap dan terjamin akan membuatkan mereka melabur tempat lain.

Rasanya betul juga kaji selidik ini, kebanyakkan daripada rakyat Malaysia suka melabur dalam instrumen yang memberi pulangan yang terjamin seperti AHB, Tabung Haji, ASB berbanding dengan unit trust yang mana ada risiko turun naik.

Apa pandangan kawan-kawan semua mengenai sentimen ini?

3 comments:

mama maman aka yana said...

sy pun suka melabur dgn risiko rendah.. atleast ada tabungan utk hari tua esok.. :)

Myvitrd said...

setiap pelaburan ada risikonya.. kalau ada duit lebih boleh je melabur.. :-)

Nur Fauzi Bassar said...

macam ahb dengan asb tu risiko tak tinggi. jadi untung pun sikit.

nak untung banyak, risiko pun besar juge. tapi memang tak ramai bersedia ambik risiko besar macam tu.