Pages

Monday, July 8, 2013

Pengurangan Tempoh Pinjaman Peribadi dan Perumahan

Baru-baru ini dalam The Star ada article di muka hadapan mengenai langkah terbaru oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan pengurangan tempoh pinjaman peribadi dan perumahan bagi mengurangkan beban hutang isi rumah.
Secara ringkasnya langkah yang diperkenalkan oleh Bank Negara ini adalah bagi menggalakkan sektor isi rumah yang kukuh dan mampan. Secara ringkasnya:
  • Tempoh pinjaman maksimum selama 10 tahun untuk pinjaman bagi kegunaan peribadi
  • Tempoh pinjaman maksimum selama 35 tahun untuk pinjaman pembelian harta kediaman (perumahan) dan bukan kediaman
  • Larangan menawarkan produk pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu
Secara mudahnya saya amat menyokong langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia walaupun secara kasarnya ianya akan menyebabkan bakal peminjam menghadapi pembayaran bulanan yang lebih tinggi disebabkan oleh jangka masa pinjaman yang lebih pendek. Tetapi kita kena ingat bahawa jangka masa panjang, ianya lebih baik untuk semua especially negara kita bagi mengelakkan bebanan isi rumah berkaitan dengan hutang. Bak kata orang-orang tua, spend within your means or beli ikut kemampuan.

Sama-sama le kita terapkan budaya buat sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri. Maybe ramai yang tak setuju dengan pandangan saya ini. Apa-apa pun, apa pandangan kawan-kawan semua mengenai langkah terbaru Bank Negara Malaysia mengenai pengurangan tempoh pinjaman.

3 comments:

Nur Fauzi said...

bagus sebenarnye langkah tu. dapat kurangkan keghairahan kebanyakan orang kita yang suka berhutang.

jadi bile nak berhutang, kena fikir betul-betul untuk tujuan yang betul-betul perlu sahaja.

Terbelog said...

kalo reloan xpa kan

cimon said...

Duration pinjaman patut dibezakan oleh jumlah pinjaman dan bil pinjaman telah dibuat...bukan pukul rata sama...tak adil utk owang berpendapatan sederhana ke bawah.Huhu