Pages

Monday, July 1, 2013

Betul Ke Meatball di IKEA Sedap?

Walaupun dah berkali-kali pi IKEA, semalam baru berkesempatan untuk makan di cafe. Ni le meatball yang menjadi kegemaran ramai. So saya cuba le set kecil yang mana ada 5 biji meatball. Bagi saya ianya biasa-biasa aja dan tak sesuai dengan selera saya. Entahlah maybe sebab rasa dagingnya yang teramat sangat. Sorry le bagi peminat-peminat setia meatball IKEA, yang ni saya boleh katakan tak memenuhi selera saya.
Ni set nugget dan fries, OK juga rasanya. 
Pasta ni memang biasa-biasa aja dengan kuahnya yang simple dan of course ianya untuk vegetarian so tak ada le daging or ayam ya.
Spaghetti dan pasta kat atas tu memang my daughter, suka sangat sampaikan licin dimakannya. Memang penggemar benda alah ni.
Kepak ayam boleh dikatakan sedap dan kalau ianya lebih garing lagi bagus.
Popiah just biasa-biasa juga.
Dark chocolate cake tu memang sedap. Bagi saya inilah yang paling sedap di antara semua makanan yang saya cuba semalam. Lain kali kalau datang sini, saya akan beli lagi benda alah kek ni.
Tengoklah keknya yang sedap dipenuhi dengan entah apa ya, maybe carrot.
Semua sekali RM33++. Boleh dikatakan ianya berpatutan, sebab tu le ramai betul yang makan kat sini especially waktu lunch. Beratur memang panjang tapi servisnya memang cepat.
Ambil aja trolley dan tray pas tu order makanan kat kaunter tu then dalam beberapa minit dapat. Lepas tu bawa makanan tu ngan trolley kat kaunter pembayaran, memang cukup senang. Tapi yang susahnya boleh dikatakan meja untuk makan sukar diperoleh, so pandai-pandai ya.
Ada sesiapa suka makan muffin? Jangan risau kat sini ada dijual.
Inilah meatball yang baru sahaja dimasak. 
Next time kena cuba ayam ni or salmon since meatball tidak menepati selera saya.
Benda alah kuih ni pun ada.

7 comments:

Nur Fauzi said...

benda alah kuih yang macam roti itu namenye ape?

HeNRieTTa JoSe said...

Yummy..rietta blom pernah try lagik....

Unknown said...

wahhhh tergoda okeee

✿INA AINAA✿ said...

hari demi hari teringin sangat nak makan kat sini.. ena tak pernah makan lagi sebab tak tahu nak ke ikea tu... huaaaaaaaa

amirah said...

betul la bro. lain tekak orang lain selera nya kan. saya pun x suka sgt meatball ni. saya suka juga ayamnya. dh 2 kali makan kat sini.sebelum ni pergi x singgah mkn pun sebab ramai sgt orang

Unknown said...

x penah makan kat sana.. biasa pegi hanya shopping jerk, nak makan pi cari tpt lain.....

Unknown said...

Salam, I follow blog U n U follow blog I yer...jemput masuk ke blog I http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.