Pages

Friday, July 19, 2013

Sampai Macam Tu Nak Promote Kad Kredit

Tadi masa nak balik rumah jumpa le satu kumpulan staf dari salah sebuah bank. Biasalah diaorang ni nak promote kad kredit. Asyik ikut je sampai nak naik tangga (bukan tangga rumah ya). Then dia cakap ambil le kad kredit ni, untuk submission aja. Nak capai target, kalau tak tak bolehlah nak balik rumah untuk berbuka.

Takkan sampai macam tu nak tarik pelanggan, guna cara kesian nak capai target. Hmmm, I am sure mamat sorang tu balik juga rumah untuk berbuka walaupun tak ada orang ambil kad kredit.

Bagi saya senang aja, saya ambil jika rasa perlu, bagi kad kredit tu, satu cukuplah. Itulah saya yang cari bukannya bila diaorang offer saya ambil. So far kad kredit Maybank OK.

Apa pandangan semua dengan orang yang macam memaksa ni untuk dapatkan customer?

8 comments:

✿INA AINAA✿ said...

kadang2, macam tak boleh percaya dengan org sebegitu... kalau jd kat ena, ena memang tak layan

eelobor said...

nasib baik gaji tahunan saya tak cukup melayakkan diri untuk menggunakan kad kredit.... hahaha, gaji ciput jer

Rasp said...

kkdg tu kesian gak tengok...
tapi kkdg reason yg diberi tu tak masuk dek akal...
well...kita sebagai pengguna harus bijak buat keputusan kannn....
dorang hanya bekerja....

mama maman aka yana said...

banyak benda kena fikir.. bukan leh ambik gitu jew..

caranya cam 'something' jew.. xsuka la..

amirah said...

kdng kesian jugak tapi betul la, kalau kita dah tak perlu, buat apa nak ambik. sebab kemudian hari kita yg kena bayar

Rezan's Gems said...

tak guna kad kredit dah...sekarang just guna kad debit atau cash je..heheeh...kisah silam tak mahu berulang...

Bella Enveeus said...

Selalunya yang bahagian Sales ni takde proper training pun untuk meyakinkan pelanggan. Dan, mereka nak senang dengan menggunakan teknik simpati.

Airis Arissa said...

slalu gak kena kacau by tel. tu blm lg org2 insurans