Pages

Sunday, July 28, 2013

Memang Mudah Order Online dengan Tesco: Hantar Depan Rumah

Dah sampai barangan yang dipesan melalui online. Bagi yang nak tahu boleh rujuk macam mana nak order dengan Tesco. Staff Tesco hantar dengan menggunakan troli dan barangan diasingkan dalam bakul tu. Lepas ni dia nak pi hantar tempat lain pula.
Ni le barangan yang saya order, siap dimasukkan di dalam beg plastik. Bagi air mineral pula ianya dalam keadaan macam kat atas le. Mula-mula ingatkan diaorang siap masuk dalam kotak, since saya beli 1 dozen.
Aiskrim dan yogurt adalah antara barangan yang dipesan. 
Just nak test le since ni kali pertama, tidak syak, lain kali boleh order lagi. Memang cukup menyenangkan since penghantaran dibuat sehingga ke depan pintu. Takkan nak suruh diaorang bawa masuk dalam rumah kot?
Aiskrim yang dibeli berada dalam keadaan yang baik, tak cair pun since dalam lori Tesco tu ada tempat pengasingan berdasarkan jenis barangan. So suhunya dikawal.
Semua sekali adalah RM50.91. Bagi yogurt tu ada promosi, beli satu percuma satu. Lagi satu, saya dapat e-voucher sebanyak RM10 melalui website redmummy. Ini bermakna, saya tak perlu bayar kos penghantaran sebab jumlahnya sama.
Bayar boleh guna kad debit or kad kredit. Saya guna kad debit Maybank. Cukup senang.
Then check Maybank2u, ianya telah ditolak terus. Memang cukup menyenangkan bila guna online order since menjimatkan masa. So apa lagi, cuba jangan tak cuba.

1 comment:

Super Rezan said...

memang mudah sangat bagi kita sekarang..yang penting ongkosnya ada yeh...shopping di hujung jari..