Sebuat aja bulan Ramadhan, ramai yang teringatkan bazar Ramadhan ya. Hari ni first day berpuasa bagi tahun 2013, so pi le terjah pasar Ramadhan kat Taman Melati, Setapak Kuala Lumpur. Actually banyak juadah yang dijual di sini tapi sempat ambil gambar sikit aja. Bagi peminat ikan percik jangan risau ada kat sini.
Daging dan ayam rendang bersama dengan lemang pun ada walaupun juadah ni selalu dihidangkan waktu hari raya kan?
Yang nak makan makanan yang selalu ada pun ada, apa lagi kalau tak nasi ayam.
Kekadang kanak-kanak lebih suka makan ayam goreng ataupun sosej so jangan lupa singgah kat Uncle Bob ya.
Ayam percik yang jenis kuah berwarna merah pun ada.
Benda yang cucuk-cucuk pun boleh cuba ya.
Siapa suka tepung pelita kat sini?
Pelbagai jenis bubur boleh didapati kat Taman Melati ni.
Nampak macam sedap aja murtabak ni tapi belilah sekadar yang mampu kita makan ya, kalau tak membazir aja.
Dah lama tak tengok air botol jenis ni.
Sungguh sedapnya air cendol ni. Boleh menghilangkan dahaga.
Tembikai dan airnya pun ada.
Kalau tak nak tembikai boleh cuba air buah-buahan lain ya. Cukuplah kat sini entri mengenai bazar Ramadhan Taman Melati ya.
10 comments:
Kalo p pasar Ramadhan mmg rambang mata tp jgn ikut nafsu...
1st day selamat daripada bazar ramadhan..masak je..try nak avoid pi bazar..boleh ke???cuba nak berjimat bukan apa kalau sekali pi banyak gak 'terbang'...nafsu2...apa pun syukur duk kat Malaysia..rezeki bercambah..Alhamdulillah..
wah banyaknya juadah bro.. aku tak sempat nak singgah bazar tadi.. sebab sangkut dekat jem.. masih ada jual lagi ye air botol tu.. dulu dekat kampaung kalau buka mesti minum air tu.. hehehe
wah...byknye menu...rambang mata...tgk picta nie..teringin plak nk ke bazaar....
sedap2 semuanya.. saya masih tercari2 bazar ramadhan sebab dah bertukar tempat..
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
set menu pantai timur pun jadi pilihan yang popular kat bazar ramadan nie
bazar ramadhan taman melati ni area mana? maksudnya, apa landmark dia?
harga macam mane??? same ke..ato pon naik daghi tahun lepas???
dengaq macam dekat ja setapak tu.. tapi, x sure pula celah mana taman melati ni.. hehehe... bebila bolehlah singgah dekat bazar ni.. ayam percik dia nampak delicious sangat!
belum sempat pi bazaar ramadhan lagi, tak de masa la
Post a Comment