Rasanya ramai yang tahu yang mana Sogo ada buat sale untuk members semalam dan hari ini, 6 Julai 2013. Semalam saya sekeluarga sempat pi sana, memang ramai betul yang datang, maklumlah puasa akan menjelma dalam beberapa hari lagi. So kiranya shopping untuk raya le.
Masa lepak-lepak, jumpa le dengan satu keluaga ni. Dia cakap datang dari Terengganu dari pukul 8.00 pagi dan sampai di Kuala Lumpur kul 1.00 tengah hari. Then nak parking penuh so pi le parking kat KLCC then ambil LRT+STAR. Memang tak sangka ada juga yang seronok datang dari jauh-jauh semata-mata nak shopping di Sogo kan?
Memang penuh dengan manusia, rasanya hari ini tak beza. Esok pula, dibuka untuk semua orang pula, kiranya untuk public le pula.
Anyway kalau pi tu, jaga diri baik-baik especially anak-anak, takut hilang ke. Shopping-shopping juga, keselamatan anak-anak kena jaga ya.
4 comments:
umak ai. jauh benar datang dari ganu tu. kalau semata-mata nak shopping kat sogo je, tak larat kawan nak buat gitu.
Ya Allah, ramainyaaa! ni mesti nak setel shopping raya ^_^
dulu masa dating kami berdua akan duduk kat level atas sambil tengok tgn orang2 yg shopping kat bawah...mcm ulat..hehe...comel je
adalah kebiasaan org teganu shopping raya kt sogo. kalu jumaat / sabtu mmg ramai org teganu kt sogo ni
Post a Comment