Pages

Saturday, May 11, 2013

Pengalaman Naik Flight Malaysia Airlines

Dah bertahun-tahun tak naik flight Malaysia Airlines. Maklumlah pada kebiasaannya Airasia lebih murah daripada Malaysia Airlines. Tapi bila aja waktu mengundi MAS lebih murah, ianya lebih kurang RM300+ untuk pergi balik ke Kota Bharu jika dibandingkan dengan Airasia @RM400+, Fireflyz pula hampir RM800.

Biasalah bila naik MAS, dapatlah kacang masin dengan segelas air jus, pilihlah nak air oren or air epal. Kalau lebih sejam perjalanan, dapatlah makanan lain.
Masa pi ke Kota Bharu check-in melalui internet so print ajalah boarding pass dalam kertas A4 manakala bila balik ke KL saja aja check-in kat kaunter so dapatlah boarding pass ni.
Tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak. Actually malas le pula. 
Inilah caranya untuk pi ke KLIA from KL Sentral, apa lagi kalau tak guna KLIA Transit
Saja nak try naik benda alah ni. So from KL Sentral saya ambil tiket ke Salak Tinggi yang mana harganya hanya RM12.50.
Then sampai kat Salak Tinggi, keluar le ya. Kalau tak train ni akan pi terus ke KLIA.
Then beli tiket pula untuk ke KLIA yang mana harganya RM3.20 aja. Semua sekali from KL Sentral ke KLIA hanya RM15.70. Kalau kita pergi terus ianya RM35. Kiralah berapa anda boleh jimat. Tapi ingat anda akan rugi masa sebanyak 30 minit.

So secara ringkasnya kalau direct ianya memakan masa selama 35 minit manakala kalau berhenti then naik semula ianya selama 65 minit or 1 jam 5 minit.

So masa setengah jam tu, bolehlah pi makan ke or sembahyang ke or buatlah apa-apa yang patut. 
Ni le jadual perjalanan dan juga tambang menggunakan KLIA Transit.

5 comments:

✿INA AINAA✿ said...

wahh bagusnyaaa.. ena pun dah lama tak naik MAS.. dlu pergi ke sarawak, naik MAS la.. luas sangat, dah la selesa

Suria Amanda said...

dah lama x naik MAS...

Unknown said...

Nie tiket boleh claim balik ke bro... ehehhehehe

Hazmin said...

Tak pernah terfikirpun nak buat cara macam tu naik ERL. Kalau banyak masa dan barang sikit boleh je cuba cara tu. memang banyak jimat tu.

Shani Ahmad said...

Dah lama x naik flight. Dari dulu sy mmg suka pakai mas sbb seat dia selesa n perkhidmatan dia bagus. Airasia x pernah cuba lagi