Pages

Thursday, May 30, 2013

Comelnya Beg M&M Ni

Masa pi LRT Masjid Jamek, nampak ramai orang betul berada di satu tempat yang mana diaorang ada jual M&M. Then ternampak le beg plastik yang comel ni. Nak dapat beg ni kena beli at least RM15.
So belilah yang packet kecil-kecil yang warna coklat dan packet kuning. Yang warna coklat tu adalah M&M yang tak ada kacang dan yang kuning tu ada kacang. Anyway yang packet coklat tu, ada 15 packet kecil dijual pada harga RM12. Diaorang cakap kalau kat kedai, biasanya RM13.99. Then, yang kuning tu RM2 satu. Kat luar entahlah berapa harganya.
Ni le packet piramid yang saya maksudkan. Comel aja saiz dan bentuknya.
Pilihlah ya warna apa yang berkenan di hati.
Ni le rupa coklatnya. Yang hijau tu tak ada kacang, bentuk leper manakala yang ada kacang, warna merah tu bentuk bulat. Anak-anak memang suka, Afiqah habis 4 paket dimakan manakala Danish pula 2 paket.

Nak Tiket Free Taman Tema di A Famosa Tak?

Tahun lepas dapat tiket percuma untuk Water Park Gambang, tahun ini pula Harian Metro buat promosi lagi dengan menawarkan 20,000 tiket percuma untuk ke Taman Tema A Famosa. Pilihlah yang mana berkenan di hati:
  • Water Theme Park
  •  Animal Safari Wonderland
  • Cowboy Town
Macam mana nak dapatkan tiket free ni?
Kena kumpul le kepala akhbar Harian Metro sebanyak 10 bagi membolehkan anda dapat 2 tiket percuma.
Kepala akhbar bertarikh 25 Mei-15 Jun 2013 perlu dikumpul. Untuk menebus boleh buat demikian pada 15 dan 16 Jun 2013 di NSTP. 
Anyway ni pula harga tiket untuk masuk ke theme parks. Maknanya kalau untuk satu keluarga 4 orang, 20 kepala akhbar kena kumpul, kos keseluruhan adalah 20XRM1.50=RM30. Rasanya berbaloi juga sebab harga satu tiket pun at least RM25 untuk kanak-kanak untuk ke Cowboy Town. So apa lagi, jom kumpul.

Monday, May 27, 2013

Cantik Betul Kelip-Kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor

Semasa pi makan kat Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor baru-baru ini, sempat singgah di Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip.
Bacalah sedikit sebanyak mengenai kelip-kelip ya. Memang unik betul serangga ni yang mana ianya mengeluarkan cahaya pada waktu malam. Lagi gelap lagi bagus. Kalau tengah malam lagi jelas kita boleh nampak cahayanya.
Nak tengok kelip-kelip ni kena naik sampan. Satu sampan bayaran sebanyak RM50 dikenakan bagi 4 orang. 
Perjalanan lebih kurang 15-20 minit. 
Jaket keselamatan disediakan. Pakai jangan tak pakai ya.
Beginilah situasi pengayuh sampan. Memang bukan senang kerja macam ni. By the way, mengikut pengayuh sampan yang membawa kami, RM20 diberikan kepada mereka bagi satu trip. Dalam sehari dapatlah 3-6 trip.
Lebih kurang 30 pengayuh sampan ada kat Kampung Kuantan ni.
Inilah "jeti" yang membawa kita pergi tengok kelip-kelip. 
Kelip-kelip akan hinggap kat pokok ni dan menghisap nektar dalam daun ni. 
Nampak tak kelip-kelip? Ni saya ambil menggunakan kamera telefon samsung Galaxy Ace.
Actually dalam bulatan tu kelip-kelip yang berada kat pokok. Bila tengok ianya semacam pkok krismas yang ada lampu. Memang sungguh cantik dan menarik. Ingat ya, kalau nak ambil gambar jangan guna flash, kalau tak memang tak nampak sebab kelip-kelip tu kan mengeluarkan cahaya.
Setelah hampir 20 minit tamatlah perjalanan kita untuk melihat kelip-kelip. Walaupun tambang RM50 dikenakan, ianya satu pengalaman yang sukar dilupakan dan my daughter cakap, ianya sangat best.

Kalau tak silap, kelip-kelip ni boleh didapati di tiga negara iaitu Malaysia, Brazil dan New Zealand. Hmmm, by the way, masa kanak-kanak dulu saya pernah tengok kelip-kelip kat kampung.

Kalau pi tengok kelip-kelip kat Kampung Kuantan, Kuala Selangor ni, sentuh boleh tapi jangan bawa balik rumah ya, kan tak dapat generasi akan datang untuk tengok dan anda mungkin didenda sebanyak RM1,000.
Sebelum balik, sempat anak-anak bergambardi hadapan pintu masuk.
Ada juga cenderahati dijual di sini berupa magnet peti sejuk dan juga keychain. Baju pun ada dijual di sini. So begitulah sedikit sebanyak cerita mengenai pengalaman tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

Sunday, May 26, 2013

Memang Superb Ikan Bakar di Aroma Ikan Bakar, Jeram Kuala Selangor

Semalam kami sekeluarga pi makan kat Aroma Ikan Bakar yang bertempat di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Anyway from Wangsa Maju ianya memakan masa lebih kurang 1 jam menggunakan Latar Expressway. Ada le 3 tol yang mana setiap tol adalah RM2 so kesemuanya pergi balik RM12.
By the way nak sampai sini lebih kurang 72km yang mana 30km adalah expressway.
Kat Aroma Ikan Bakar ni ianya dibuka seawal pukul 12 tgh bagi hari Sabtu dan Ahad manakala hari biasa from kul 3 petang.
Parking jangan risau banyak tempat disediakan. Kalau tak cukup bolehlah parking tepi jalan ya.
Ni le meja kami, laman 2. 
Mula-mula nak dok kat saung yang mana ianya berdekatan dengan pantai tapi dah penuh. Anyway kalau dok kat sini kena caj extra RM10.
Nak makan kat bamboo pun penuh juga walaupun kat sini cajnya adalah RM20. Yang ni lagi dekat dengan pantai.
Beginilah rupa teratak bamboo. Kalau nak tengok matahari terbenam memang sesuai sangat le.
 Cantik betul kawasan ni.
Sempat rakam matahari terbenam. Memang sungguh cantik.
Since dah penuh bolehlah dok kat meja ni ya. Banyak meja yang ada. Tapi memandangkan waktu cuti sekolah dan juga hari minggu memang penuh gak. Nasib baik kami sampai lebih kurang kul 6.30 petang so adalah tempat dduduk.
Dok kat sini pun OK juga dekat ngan pantai ya.
Dah dapat meja apa lagi, beraturlah untuk pilih ikan or seafood lain yang kita nak.
Ni le senarai harga. Hmmm, ingat nak makan pepahat tapi ianya dijual dalam pek berharga RM50 untuk satu paket. Kalau setakat makan dua orang memang banyak le sangat.
Macam-macam jenis ikan ada kat sini. Ketam pun sodap. Ketam kat sini berharga RM45 sekilo. Kalau kat Umbai, Melaka ianya berharga RM32 sekilo. Bagan Lalang pula RM55. Langkawi pun RM55. Port Dickson pun RM55.
 
Pilihlah ya, memang sungguh segar.
Ni le pepahat dalam paket.
Udang dan sotong pun sodap.
 
Ni le menu kami. Ketam masak cili sebanyak 2 ekor. Rasanya memang sedap, tak berapa pedas dan kuahnya membuatkan kami rasa nak datang lagi. Rating untuk ketam ni saya bagi 8.4 out of 10.
Ikan bakar cencaru dan kembung tidak mengecewakan. Ianya dibakar dengan sempurna dan ladanya memang perfect. Lebih suka makan ikan cencaru memandangkan ikan kembung ni jenis yang lembut. Yang sedap lagi ikan bakar ni adalah sambal lada dan kicap. Memang sangat sempurna hidangan ini. Ratingnya adalah 8.7 out of 10.
Sotong kami ambil seekor yang sedang. Walaupun ianya tak begitu crispy tapi isinya tak liat membuatkan sedap dimakan. Hidangan yang wajib jika saya pi makan seafood. Sosnya pun sodap dan banyak. Rating saya bagi 8.0 out of 10.
Ni sup untuk Afiqah, ianya tak begitu pekat tapi Afiqah memang suka. sampaikan hirup kuahnya. Rating untuk sup ayam ni adalah 7.6 out of 10.
Semua sekali adalah RM46.60 termasuk air kelapa, air teh o, air teh o ais dan juga air milo. Nasi kami ambil 3 memandangkan Danish makan benda lain. Harganya adalah berpatutan.
Tempat solat juga disediakan bagi memudahkan pelanggan mengerjakan ibadat.
So bagi peminat ikan bakar ataupun makanan laut, jangan lupa terjah di Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor. Boleh call 019-208 4452 atau 017-316 3117 untuk tempahan atau maklumat lanjut ya.

Boleh baca pandanagn rakan-rakan blogger mengenai Aroma Ikan Bakar:

Jom Tengok Matahari Terbenam di Pantai Jeram, Kuala Selangor

Malam tadi kami sekeluarga pi makan kat Pantai Jeram, Kuala Selangor. So nak share beberapa gambar yang sempat diambil sewaktu matahari terbenam. Anyway gambar makanan akan dikongsi dalam entri yang akan datang ya.
Sungguh cantik betul apabila kita melihat keadaan matahari semasa ianya terbenam. Memang tidak dapat dilupakan saat-saat ini. Sungguh tenang apabila kita melihat sunset.
Dengan suasana, batu, air laut dan juga matahari membuatkan kita rasa sungguh indah.
Awam masa ni masih cerah.
Memang baru saya tahu sebab apa ramai yang suka mendaki bukit semata-mata ingin melihat terbitnya matahari. Maybe disebabkan keseronokan. Sama juga waktu matahari terbenam kan?
Pantai sedikit berombak. Begitulah kehidupan kita sekali-sekala dilanda cabaran.
Gambar ni tafsir sendiri le ya.
Yang ni pun sama, fikir-fikirkan le.