XXXX
YYYYY
0000 Kuala Lumpur
Puan Kamariah binti Ibrahim
Pengarah Penilaian
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Tingkat 5, Bangunan TH Perdana
No. 1001, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur 2 Disember 2013
Puan,
Bantahan Berkaitan Dengan Cadangan Nilai
Tahunan Hartanah XXXX
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah
dirujuk.
2.
Saya seperti nama di
atas adalah pemilik hartanah, XXXX dengan nombor
fail XXXX dan nombor akaun XXXX. Sepertimana
yang pihak puan sedia maklum, notis menyemak semula senarai nilaian telah
dihantar oleh pihak puan dan diterima oleh saya.
3.
Berdasarkan notis
tersebut, cadangan nilai tahunan akan dinaikkan daripada RMXXXX kepada
RMXXXXX. Berdasarkan kadar yang dikenakan sekarang iaitu 6%, jumlah bayaran tahunan
untuk hartanah ini akan dinaikkan daripada RMXXX kepada RMXXX. Kenaikan yang
bakal dikenakan adalah sebanyak RMXXX ataupun lebih kurang 70%.
4.
Sukacita saya
memohon pertimbangan pihak puan untuk mengekalkan kadar bayaran sebanyak RMXXX
setahun berdasarkan sebab-sebab berikut:
(a)
Peningkatan kos sara
hidup di Kuala Lumpur;
(b)
Saya hanya memiliki
sebuah hartanah yang mana ianya untuk kediaman kami sekeluarga; dan
(c)
Hartanah yang
dimiliki adalah bukan untuk tujuan penyewaan. Oleh sebab itu, kenaikan nilai hartanah
tidak memberi kesan kewangan kepada kami.
5.
Besarlah harapan
saya agar permohonan saya dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak puan.
Keperihatinan pihak puan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Yang benar,
(XXXXX)
3 comments:
Kawan saya ada cerita juga tentang kenaikan cukai pintu yang terlebih2 di KL. Ramai yang tak puas hati dan pelik juga kenapa melonjak tinggi sangat. Better buat complain ramai2.
Ramai yang bantah
nice one.. baru mencari contoh surat nak bantah get.. let's bantah besar2an :)
Post a Comment