Pages

Monday, December 2, 2013

Contoh Surat Bantahan Cadangan Kenaikan Nilai Tahunan Hartanah

Jom bosan-bosan saya nak tulis surat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkaitan dengan cadangan kenaikan nilai tahunan hartanah @cukai pintu yang diumumkan oleh DBKL baru-baru ini.



XXXX
YYYYY
0000 Kuala Lumpur


Puan Kamariah binti Ibrahim
Pengarah Penilaian
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Tingkat 5, Bangunan TH Perdana
No. 1001, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur                                                                                             2 Disember 2013

Puan,

Bantahan Berkaitan Dengan Cadangan Nilai Tahunan Hartanah XXXX

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Saya seperti nama di atas adalah pemilik hartanah, XXXX dengan nombor fail XXXX dan nombor akaun XXXX. Sepertimana yang pihak puan sedia maklum, notis menyemak semula senarai nilaian telah dihantar oleh pihak puan dan diterima oleh saya.

3.            Berdasarkan notis tersebut, cadangan nilai tahunan akan dinaikkan daripada RMXXXX kepada RMXXXXX. Berdasarkan kadar yang dikenakan sekarang iaitu 6%, jumlah bayaran tahunan untuk hartanah ini akan dinaikkan daripada RMXXX kepada RMXXX. Kenaikan yang bakal dikenakan adalah sebanyak RMXXX ataupun lebih kurang 70%.

4.            Sukacita saya memohon pertimbangan pihak puan untuk mengekalkan kadar bayaran sebanyak RMXXX setahun berdasarkan sebab-sebab berikut:

(a)       Peningkatan kos sara hidup di Kuala Lumpur;
(b)       Saya hanya memiliki sebuah hartanah yang mana ianya untuk kediaman kami sekeluarga; dan
(c)       Hartanah yang dimiliki adalah bukan untuk tujuan penyewaan. Oleh sebab itu, kenaikan nilai hartanah tidak memberi kesan kewangan kepada kami.

5.            Besarlah harapan saya agar permohonan saya dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak puan.

Keperihatinan pihak puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,



(XXXXX)

3 comments:

Bella Enveeus said...

Kawan saya ada cerita juga tentang kenaikan cukai pintu yang terlebih2 di KL. Ramai yang tak puas hati dan pelik juga kenapa melonjak tinggi sangat. Better buat complain ramai2.

mamawana said...

Ramai yang bantah

pak wan said...

nice one.. baru mencari contoh surat nak bantah get.. let's bantah besar2an :)