Pages

Thursday, December 26, 2013

Jom Masuk Sijil Simpanan Premium BSN

Rasanya ramai dah tahu yang Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah berlandaskan syariah. So baru-baru ini saya telah masuk SSP sebanyak RM3,000. By the way, saya masuk dalam SSP ini saya anggap ianya bukan pelaburan memandangkan kalau nak dapat banyak keuntungan lebih baik masuk paling kurang dalam Tabung Haji or Amanah Hartanah Bumiputera yang mana return adalah at least 5% setahun.

Saya masuk SSP ini ada sebab-sebab tertentu. Bukan untuk menang hadiah ya, tapi kalau menang apa salahnya. Tapi itu bukan sebab utama.
By the way, yang saya masuk ini lebih kurang macam fixed deposit yang mana return berdasarkan yang lepas adalah sebanyak 2.42% setahun. Of course yang ni minimum RM3,000 untuk setahun. Yang minimum RM1,000 adalah untuk tempoh paling kurang 6 bulan yang menawarkan indicative rate sebanyak 2.00% setahun.

Kalau nak masuk SSP yang biasa ianya minima RM10 dan tempohnya adalah 45 hari. Ini bermakna dalam tempoh 45 hari kita tak boleh keluarkan wang tersebut. Of course return adalah lebih sikit iaitu 0.40% setahun.
Kalau dibandingkan return masuk SSP sebanyak paling tinggi 2.42% setahun, ianya adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kadar simpanan tetap BSN yang mana untuk tempoh setahun ianya adalah 3.35%. Tapi kalau kita nak masuk simpanan tetap, saya sarankan baik masuk dalam Bank Rakyat yang mana ianya lebih kurang 3.96% setahun.
Sambil-sambil menyimpan, kalau ada rezeki dapatlah hadiah yang ditawarkan seperti kereta, wang tunai, telefon bimbit dan macam-macam lagi. Itu kalau dapat, tapi bukan tujuan utama masuk SSP untuk menang hadiah ya.


6 comments:

amirah said...

oooooo...lagi rendah dr fixed dep dia rupanya...

Hazmin Hamudin said...

Tak pandai betul bab melabur ni

mohamad nasrullah said...

sorry rendah sangat margin keuntungan.. klu letak je rm3000, anggaran 2.5% setahun.. 10 tahun akan datang cuma jumlahnye jd RM3851. asalkan xusik amaunnya atau bertambah.. tp klu letak kt tabung haji... rm3000, anggaran 6.5% setahun dah jumlah 10 thn akan dtg RM5737... fikir2kanlah

Muhd Sahbudin said...

setiap pelaburan/simpanan ada tujuan dan ada matlamat..xde istilah simpan saja2..

klu utk pelaburan mmng tak berbaloi..

tapi,kata bukan untuk nak hadiah jgk..

mmm~confius jap..hbs tu utk apa ambik ssp?

Mrs Yatie said...

nice info dear :)
thansk for sharing ya. :)

Syahrizat Ejad said...

dpt krete jual balik..ok
dpt hp..tab..mcm x brbaloi
bg sy stiap palburan, msti brkhndkkn sesuatu