Pages

Sunday, December 1, 2013

Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN Menepati Syariah

Baru tahu yang Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah mematuhi syariah. So ianya adalah halal. Maybe ramai yang ada pengalaman beli atau berurusan berkaitan dengan SSP. Boleh rujuk Fatwa Majlis Kebangsaan.

Apa kata kongsi sikit mengenai sijil ni.
Of course return yang kita dapat daripada simpanan dalam SSP ni adalah tak banyak i.e. kalau kita simpan kurang daripada RM5,000 kita hanya dapat 0.15%. Memang sedikit, so sebagai contoh simpan RM1,000 so dalam setahun dapatlah RM1.50.

Tapi kalau nak banyak sikit boleh masuk Special Edition SSP yang mana ianya macam simpanan tetap (FD) yang mana menawarkan pulangan 2.42%. So simpan RM1,000 dalam masa setahun dapatlah RM24.20. Kalau FD biasa paling kurang tak silap saya 3.00% so dapatlah RM30.00 so beza RM5.80.

Sebab apa orang suka simpan dalam SSP? Of course sebab ada cabutan bertuah yang mana hadiah bulanan adalah sebuah kereta BMW.

Macam mana diaorang boleh bagi hadiah yang gempak-gempak? Senang aja, sebab pulangan simpanan adalah sikit sangat, so return yang BSN dapat jana let say daripada pelaburan BSN diberi sedikit kepada penyimpan SSP dan selebihnya sebagai hadiah dan lebih lagi untuk kos operasi BSN dan juga keuntungan bank le. So begitulah serba-sedikit mengenai SSP.

Kalau rasa tak ada luck simpan le dalam Tabung Haji ke or Amanah Hartanah Bumiputera yang mana pulangan paling sikit 5% setahun. 

1 comment:

HiDa said...

Menarik.. Terima kasih atas info..