Pages

Saturday, December 21, 2013

Dapat Bonus Jom Kita Menyimpan

Hujung tahun ni, ramai dapat yang dapat bonus. Tunggu ya, jangan habiskan duit bonus, simpan le sedikit sebanyak.

Since saya rasa akan gunakan sebahagian daripada duit ni dalam tempoh 6 bulan so saya ambil langkah untuk simpan di dalam deposit berjangka (fixed deposit) kat Bank Rakyat. Pulangan yang diberikan adalah sebanyak 3.80% setahun so dalam masa 6 bulan dapatlah 1.90%. Di samping itu, kita kena juga letak sebahagian daripada duit bonus dalam akaun simpanan bagi memudahkan proses pencairan. Yang lebihnya buatlah apa-apa yang patut ya.

So dengan simpanan RM5,000 dapatlah pulangan lebih kurang RM95. Memang tak banyak jika dibandingkan dengan Amanah Hartanah Bumiputera yang memberi pulangan lebih kurang 6.5% setahun tapi mesti ingat yang ni bukan untuk pelaburan tetapi untuk simpanan. So jika dibandingkan dengan masuk dalam akaun simpanan, FD ni lebih tinggi, i.e. pulangan akaun simpanan adalah kurang daripada 1% setahun.
Anyway mengikut website Bank Rakyat, kadar pulangan bagi deposit berjangka adalah antara 3.21% dan 4.55% setahun. By the way, mengikut table ni simpanan 6 bulan memberi pulangan sebanyak 3.70% tetapi memandangkan saya adalah ahli Bank Rakyat so dapatlah tambahan 0.10% setahun.

2 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Menark jga nie...sebab rietta biasanya hanya mggunakan khdmat tabung hj...

بودق بيلايمواه said...

Sya pun ada sahan rm500 kat bank rakyat ni. Kalah buat simpanan tetap. Dapat 10% juga ka setahun?