Pages

Friday, December 20, 2013

Durian Butter dan Udang Harimau Balik Pulau Memang Sedap

Masa pi Pulau Pinang baru-baru ni sempat rasa durian kat sana. Mula-mula bercadang nak pi ke Balik Pulau tapi on the way ada pula tempat jual durian so apa lagi terus kami singgah.
Tanya punya tanya kami cuba durian butter. Memang first time dengar nama tu. Isinya warna macam butter le. Diaorang jual sekilo RM20. Boleh tahan juga harganya. So setelah timbang ada le 2 kilo so RM40. Isinya tebal dan ulasnya memang besar. Sebiji ada le 6-8 ulas. Memang kenyang.
Lepas tu diaorang bagi sebiji durian Udang Harimau. Saiznya kecil dan ulasnya pun kecil. Isinya likat juga dan yang ni tak kurang sedapnya. Memang dua-dua jenis pun sodap.
Pendek kata ianya lebih sedap dari 101 dan setanding dengan Musang King.

2 comments:

ZazaMyMoon said...

terbaek ni.. tak pernah dengar nama2 durian tu hehe

Hazmin Hamudin said...

Tertarik dengan nama durian 'tuhan kasi' tu. Hehe