Pages

Monday, December 16, 2013

Jom Buffet Durian di SS2

Sekarang ni musim durian so kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk menikmati raja buah-buahan ini. So apa lagi jom kita pergi ke SS2/24. Kat sana memang terkenal dengan durian.

Banyak gerai yang ada kat sini, anyway boleh makan secara buffet so hantam ajalah sampai kenyang. By the way harga RM9 satu kepala tu untuk harga hari biasa. So kalau hari cuti harganya lain le.
Ni le gerai yang kami nikmati durian. Macam-macam ada, D24, kampung, D10 dan ada lagi entah nama apa le. Tapi opppsss, Musang King tak ada le dengan harga buffet ni. Kalau tak silap harga sekarang ni adalah RM28 sekilo. 
Memang banyak durian. Boleh habis ke semua ni?
Ni durian yang first diaorang buka, D100, opppsss biasa makan yang D101 or dikenali juga dengan IOI. Memang sedap yang ni, tengok ajalah isinya yang berwarna macam oren aja.
Yang ni pula D24 kalau tak silap sedap juga. Memang enjoy betul makan sekeluarga.
Yang ni durian kampung. Anyway kami sekeluarga, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Lebih le 5 biji durian. Ada yang kecil-kecil juga ambil. Kalau semua yang besar pengsan le.
Air kelapa pun ada, benda alah kelapa ni RM4 sebiji.
So untuk hari  minggu diaorang caj untuk buffet RM15 satu kepala dan kanak-kanak separuh harga so saya cakap RM40 aja le since budak-budak tak makan banyak sangat. Air kelapa kami ambil dua so semua sekali RM48.
By the way, tempat ni dekat dengan Balai Polis SS2. Begitulah cerita hari minggu kami menikmati durian di SS2.

9 comments:

hazman fadzil said...

skang nie memang dah jadi trending makan durian style bufet puas hati kalau yang hantu durian nie

Eliss Mie said...

tak pernah makan durian buffet. sedap gak tu. tp tkt tak abes :p

Farid Adam said...

Kalau ada geng hantu durian, baru puas makan...hehe

Abe Kie said...

wah! sedap tu. hari tu sy gi pesta buah di putrajaya...tp x makan pun durian kat situ. cuma beli n bawa balik je.

Bo the Nerd said...

dah naik harga sikit. awal tahun RM 7. Terliur tgk doghyan

Munira Mustafa Kamal said...

Buffet durian? Menarik tu,kalau dapat bawak balik harga macam tu best juga.

amirah said...

kat rnr selalu buat mkn buffet durian mcm ni jugak. tp kdg2 durian dah agak lama dah tak sedp sgt dah rasanya

Myvitrd said...

tempat ni memang popular bro.. laluan aku gi kerja ni.. kalau petang penuh org makan durian dekat situ.. aku je tak pernah singgah lagi.. tunggu org nak belanja kot.. heheeh

azi said...

Buah durian tu nampaknya semua sedap-sedappp...kat tempat akak tak ada buat buffet macam tu...akak ni hantu durian, sorang 2 biji pun habis......:)