Semalam pi tengok movie The Hobbit: The Desolation Of Smaug. Anyway memang mudah betul bila beli tiket wayang secara dalam talian, sampai GSC Mid Valley terus ambil tiket, memang tak ada orang beratur untuk kaunter online. Kalau beli masa nak tengok tu alamat at least 30 minit le, ramai yang tunggu nak tengok citer tu, lagi satu seat pun memang saya rasa tak ada yang OK kalau beli last minit.
By the way, sebelum ni ramai juga kata citer ni tak seronok sangat sebab banyak adegan fight le, terlelap setengah jalan le, tengah-tengah citer slow le dan tak kurang juga yang cakap endingnya tergantung.
Tapi secara keseluruhan apa yang kami tengok, memang semua orang puas hati. Memang enjoy betul. Bak kata Nora Danish, kita enjoy.
Yang part ending tu, biasalah ianya tak habis memandangkan ada satu lagi next year, ianya trilogi. So sabarlah kita tunggu apa kesudahan cerita The Hobbit ni.
So banyak juga adegan yang seronok especially saya suka dengan Elf tu apabila mereka memanah. Memang dalam Lord of the Ring pun kagum cara mereka menggunakan busur. Nanti apabila ada yang terakhir ni, bolehlah tengok tiga filem sekaligus, ada le 8-9 jam kot.
So bagi yang dah tengok The Hobbit, apa kata bagi pandangan sikit.
1 comment:
dh pernah tgk the hobbits b4 ni so tkbrp suka sbb tk minat genre gni...tp sbb hubby ajk so lyn gk la tgk tp bole tertdo:-p
Post a Comment