Pages

Friday, November 29, 2013

Jom Makan Kat Tupai-Tupai

Baru-baru ini kami sekeluarga pi makan kat Restoran Tupai-Tupai yang terletak di KL.
Masuk je ada benda alah ni dalam sangkar.
By the way, masa pergi tu tak ramai orang so senang le, kalau hari bekerja memang susah nak parking.
Jom kita tengok menu apa ada di sini.
Macam-macam jenis sayur-sayuran ada. Bagi saiz kecil harganya bermula RM9.
Boleh tahan harga telur goreng @RM8. Entah berapa biji telur untuk saiz kecil ni.
Ayam, daging dan udang ada di sini, secara kasarnya harganya bermula RM15 untuk saiz kecil tapi rasanya untuk 3 orang cukup le.
Ikan ni harganya ikut saiz dan harga pasaran. tak sure pula berapa sekilo.
Kalau tak nak makan nasi boleh cuba mee ke bubur ke, opppsss, bubur pun nasi juga kan.
Ni pula minuman. Pilihlah yang mana suka.
Benda alah ni kalau datang sini mesti cuba memang sedap tapi sayang pula aiskrim keladi pula diberi. Kalau coklat or vanilla lagi OK.
Tomyam ni memang pekat dan rasanya masam-masam le pula. Memang banyak.
Yang ni pula kitaorang order lala masak tiga rasa kot. First time cuba benda alah masak cara ni. Boleh tahan juga. Tapi masam juga.
Ayam masak lemon pun masam. Alamak apasal le kitaorang order semua yang masam ni. Tapi secara keseluruhan memang boleh tahan makanan kat sini. Saya bagi rating keseluruhan 7.4 out of 10.
Semua sekali harganya adalah RM62.80.

6 comments:

eelobor said...

kat sini la 1st time kawan kenal makan2 mcm gini beberapa tahun dulu. terkejut jugak bila air kosong di caj RM2, bila di tnya dia kansel balik. hihihi....

mama tisya said...

lpr...lama tk ke tupai2 kt cni

ZazaMyMoon said...

kalau dtg malam untuk makan buffet steamboat pun ok gak.. so many choices

hazman fadzil said...

Hurmm... kalau kat KL tu tak penah cuba ....ada la kat bangi...kalau seafood tu biasa je rasanya...

Prince Duyong said...

sekali sekala takpe kot... kalau selalu kopak jugak hehe ... ;)

ezzahawatif said...

kt KL mmng mhl kn, kt Alor Setar, kedah sini x lh smahal tu~ lgipon sya x prnh smpai kl lgi~